Pages

Saturday, December 18, 2010

Santai

Ni la kerja hujung minggu aku...potong dahan pokok mata kucing, biar dia berjuntai cantik...jadi macam payung original. Sebenarnya pokok tu dah merimbun sangat...sampai dah menyapu tanah. Jadi terfikir la jugak kenapa tak dimanafaatkan....alang2 cik abe ada kat rumah hujung minggu...kenalah guna sepenuhnya tenaga yang ada.

Dahan pokok tu aku dah potong agak lama...cuma nak lengkapkan dengan kerusi batu kat bawahnya tu...tak adalah upaya aku nak buat dengan bibik ratna. Jadi bila cik abe ada kat rumah, apalagi aku ambik kesempatan la. ...bermula lah aktiviti memindahkan kerusi batu tu dari bawah anjung ke bawah pokok mata kucing. Satu kerja yang mencabar tu....kami usung ramai2...kira kerahan tenaga la jugak. Sakit pinggang aku dua tiga hari. Tapi tak apa...hasilnya cukup memuaskan....mengembirakan ....


Pada pandangan mata aku..dah cukup cantik dah. Dapat dijadikan tempat berehat petang2...sambil minum kopi, kan? Untuk menampakkan lagi 'kesemulajadiannya'...aku angkat la pasu pokok2 pakis, letak keliling pokok mata kucing tu...ish kira kerja buruh kasar betul lah kami hari tu. Letih weh...kalau kat kolej boleh jadi supervisor je...tengok je pakcik2 tu buat kerja susun pokok...lagipun ketua kami Pn Noryati tak marah pun.


Hah cerita belum habis ni...lepas angkat pasu, kami gantung pulak buaian. Sebenarnya buaian tu kami beli dah lama sangat2...cuma tak digantung je. Buaian tu dah bertapa terlalu lama kat dalam almari. agaknya kalau lah dia tu manusia...dah jadi dukun yg handal kot...tak pun pendekar...ahaks.

Haaa dah siap...anak dara kecik ku aneesa dan kawan baiknya cik Ah telah merasmikan tempat rehat tu dengan jayanya...tengok lah aksi mereka.



No comments:

Post a Comment