Pages

Monday, December 20, 2010

Dengkur


Pernah tak berdengkur bila tidur? Kalau pernah..bawak la berubat...kesian kat orang sebelah. aku pun pernah mengalami keadaan ni....kadang2 bila pergi kursus, dok sebilik dengan orang yang kuat berdengkur...memang tak boleh tidur sampai pagi. Esok nya mamai...kepala berpusing...rasa macam diawangan. gerenti tak boleh buat apa sepanjang hari...kesian kan?

Dengkuran ialah bunyi pernafasan yang bising ketika tidur yang menandakan ada halangan dalam saluran pernafasan atas.Tidur dan dengkur kini makin menjadi kebiasaan dan diterima ramai sebagai satu perkara yang normal di kalangan lelaki dan wanita.Tanpa mengira punca daripada berat badan berlebihan, diwarisi daripada ibu bapa atau masalah struktur salur pernafasan, terlalu ramai yang mengambil ringan masalah dengkur dan tidak berusaha mendapatkan rawatan.

Masalah dengkur hadir dalam dua bentuk iaitu dengkur tabiat atau dengkur lembut dengan bunyi perlahan seperti bunyi dekus kucing, tiada halangan laluan udara dan tidak berbahaya.Jenis kedua adalah dengkur halangan saluran udara iaitu dengkur kuat akibat laluan udara tersekat yang menyukarkan udara masuk ke paru-paru dan sangat berbahaya.Namun, tumpuan di sini bukan kepada dengkur itu sendiri tetapi punca seseorang berdengkur iaitu halangan pada saluran pernafasan, sehinggakan berlakunya apnea tidur. Perkataan apnea sendiri membawa makna ‘tiada nafas’ @ nafas terhenti seketika sewaktu tidur.

Ketua Jabatan Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Profesor Dr Abdullah Sani Mohamed, berkata semua orang yang mengalami apnea akan berdengkur, tetapi bukan semua orang yang berdengkur menghadapi masalah apnea. Ada orang berdengkur sekali sekala (terutama apabila terlalu penat) dan ada yang mengalami masalah berdengkur hampir setiap malam yang boleh dikaitkan dengan apnea.

Bagaimana dengkuran akibat apnea boleh berlaku? Ketika tidur, otot pada lelangit lembut (bahagian lembut di hujung lelangit berhampiran tekak dan mempunyai tisu lembut yang kelihatan tergantung dipanggil uvula), lidah dan kerongkong akan berehat. Jika tisu dalam kerongkong ini menjadi terlalu rehat, ia akan bergetar dan boleh menghalang laluan udara. Semakin sempit laluan udara ini, laluan udara akan menjadi semakin sukar dan membentuk tekanan tinggi. Semakin tinggi tekanan, semakin banyak getaran yang menyebabkan dengkuran bertambah kuat. Keadaan lelangit lembut yang tebal dan rendah serta pembesaran tonsil juga boleh menyempitkan laluan udara.

“Berdengkur bukan fenomena normal. Apnea boleh menyebabkan dengkuran kuat, tidur terganggu, sakit kepala pada waktu pagi, letih sepanjang hari, tekanan dan sukar menumpukan perhatian. Jika tidak diberikan rawatan, ia boleh mengakibatkan kemurungan, tekanan darah meningkat, strok dan serangan jantung.

“Apabila pesakit berhenti berdengkur, bermakna ketika itu mereka berhenti bernafas antara 10 hingga 30 saat atau lebih lama. Berdengkur tidak membunuh, tetapi apnea boleh memendekkan nyawa. Ketiadaan oksigen dalam tempoh ini memberi tekanan kepada jantung yang boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah.

Bahaya jugak kan dengkur ni? Jadi nasihat aku kepada orang yg berdengkur...cuba lah cari penawarnya. Kalau tak sempat cari...ni ada beberapa kaedah yg aku dapat dari internet. cubalah ya.

  • Mengubah posisi tidur
Dengkuran berbunyi ketika posisi tidur terlentang sehingga lidah tertarik ke belakang dan aliran udara mengalami penyempitan. Oleh itu, cubalah ubah posisi tidur kpd mengiring agar terhindar dari berdengkur. Tinggikan kedudukan kepala dengan bantal ketika tidur. Ini dapat memberi ruang yang lebih besar di saluran pernafasan.



  • Turunkan 10% berat badan
Orang yg overweight atau mempunyai berat bdan berlebihan mempunyai jaringan leher yg tebal dan memungkinkan timbulnya risiko berdengkur. Jika anda salah seorang daripadanya turunkan berat badan anda kira-kira 10%. Ia dapat membantu menghentikan kebiasaan yg menganggu tidur itu.

  •  Hindari alkohol dan ubat penenang
Ubat penenang seperti pil tidur atau alkohol dgn kadar rendah boleh menyebabkan berdengkur kerana ia akan menekan pernafasan anda. Oleh itu, jauhi kedua-duanya.

  •  Hirup wap air sebelum tidur
Hidung tersumbat juga boleh menyebabkan dengkuran. Salah satu cara utk menghindari hidung tersumbat ialah dengan meyedut wap air sebelum tidur.

  • Bersenam
Hilangkan lemak berlebihan dalam badan dengan cara bersenam, kurangkan makanan terutama yang berlemak. Apabila lemak berkurangan di bahagian tekak, ia dapat meluaskan saluran pernafasan dan menghindari dengkuran.

  • Atasi alahan
Atasi masalah alahan. Jika anda atau pasangan alah kepada habuk atau bau tertentu, hapuskan habuk dan bau itu daripada persekitaran rumah anda. Alahan akan mengganggu tisu di hidung dan tekak. Jika dapat diatasi, tisu ini tidak akan mengganggu.

  • Jadual tidur Yg Teratur
Tetapkan jadual tidur dan bangun pada waktu yang tetap setiap hari. Ini dapat menetapkan kadar pernafasan dan mengurangkan dengkuran.
  • Jauhi Rokok
Jauhi rokok. Mengurangkan asap rokok dapat meminimumkan lelehan dan bengkak pada tidu hidung dan tenggorok.

  • Guna pelekat hidung
Lekatkan pelekat di hidung. Sebelum tidur, lekatkan dengan cara yang boleh menarik hidung anda keluar dan ke atas. Pelekat ini dapat menarik hidung anda keluar. Ini akan membuka saluran pernafasan hidung dengan lebih besar.

No comments:

Post a Comment