Sunday, December 19, 2010

Tuisyen Ke?

Cuti sekolah ni ramai ibubapa yang sibuk hantar anak2 pergi tuisyen intensif masa cuti sekolah...khususnya untuk yg ada anak2 yg bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR , SPM tahun depan.  Masa cuti panjang ni lah banyak pusat tuisyen yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan....tuisyen dah jadi macam satu kemestian. Kadang2 aku terfikir...kesian kat anak2, tak ada masa untuk berehat. belajar...belajar ....dan belajar. Masa zaman aku dulu..tak dak pun tuisyen2 macam ni...Walau macam mana pun nak buat macam mana...zaman sekarang memang macam tu...nak tak nak kena ikut juga.

Demam tuisyen ni dah berjangkit pada si kecik ku aneesa...dah buka pusat tuisyen la pulak. dia pakat dengan kawan2 dia bukak pusat tuisyen...masing2 bergilir jadi cikgu. Aneesa jadi cikgu tuisyen untuk subjek tarian, nyanyian dan lakonan...bila time subjek2 tu dia la cikgunya. bila time subjek lain, dia pulak jadi pelajar...kawan dia yg jadi cikgu.  Yg jadi masalahnya, dia yg bukak pusat tuisyen...aku yg kena keluar modal, fotostat buku2 dia untuk diberi kepada pelajar2 tuisyen dia...Aih haru nih...kalau tak mau fotostat, cikgu tuisyen kecik ni nangis la jawabnya. Pening kepala aku...orang lain bukak pusat tuisyen dapat untung...aku...? habis modal weh. Yg aku lemahnya...bila malam aku la pulak kena jadi student dia....tengok dia menari,... menyanyi....

Ni lah iklan tuisyen dia...tulis atas whiteboard. '5A dalam otak' konon...


Ada dua pusat tuisyen tu... kelas tuisyen cemerlang dan kelas tuisyen gemilang

Ni la cikgu tuisyennya...siap suruh aku beli crown lagi ... untuk digunakan masa ajar tuisyen. Ok la tu..cuti dia terisi dengan benda berfaedah...praktis jadi cikgu. walaupun kadang2 dia bagi ajaran sesat...

0 comments:

Post a Comment

 

My Secret Diary. rose-duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang