
Sekali sekala bila ke hospital membuatkan aku jadi insaf dan cukup takut...macam mana ya kalau keadaan macam tu jadi kat kita. Masa depan tidak ada sapa yg tau macam mana keadaannya...kuat kah kita untuk menghadapinya?. Tabah kah kita menerima takdir yg disuratkan? Entahlah...aku cukup takut...walaupun sekadar membayangkan....
Bila rasa risau, sedih dan segala macam rasa yang tak menyenangkan...aku cukup suka ke blog Ustaz Pahrol Md Juoi (Genta Rasa). Bila baca tulisan dia, aku rasa tenang...
Bila rasa risau, sedih dan segala macam rasa yang tak menyenangkan...aku cukup suka ke blog Ustaz Pahrol Md Juoi (Genta Rasa). Bila baca tulisan dia, aku rasa tenang...
"Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.
Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan… itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven… yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!
Thanks Ustaz Pahrol. Semoga kita semua menjadi insan yang redha dengan dengan ketentuanNYA.
Sekilas kata Ustaz Pahrol:
"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”
buakn ustaz pahrol radzi..pandai je tmbh nama dia..hahaha..nama dia pahrol md juoi la
ReplyDeleteok ya cik syitah...dah betulkan.
ReplyDelete