Cuti sekolah...kami ke langkawi, setelah bertahun2 tidak ke sana. Last ke sana kalau tak salah dalam tahun 2006. Kami beli tiket feri untuk perjalanan pukul 12.30 tengah hari dari kuala perlis .Pilihan kami mestilah feri Lada sebab feri ni besar sikit...jadi kalau dilambung ombak tak lah terasa sangat... Waktu di tiket 12.30...feri cuma jalan jam 1.00 petang...ish. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit...Disebabkan feri lambat jalan, kami semua kelaparan...terutama si bongsu aneesa. merengek minta makanan...katanya lapar sangat. Aku pulak tak bawa apa2 bekalan sebab aku ingatkan feri jalan on time...jadi dalam pukul 1.00 lebih dah boleh sampai...cadangnya boleh lah terus makan kat langkawi je. Rupa2nya pukul 2 baru sampai....tak ke lapar budak2 tu. So moral of the story...bawa lah bekal sebab kita tak pasti apa yg akan jadi.
Kami nak sewa van yg agak besar sikit...tapi yg ada cuma Avanza. Terpaksa lah terima sebab musim cuti sekolah ni tak boleh nak demand sangat..Harganya pun agak mahal dari hari2 biasa...ish ambik kesempatan betul depa ya...
Kami terus ke Geopark hotel... memang cantik betul tempat tu... aku suka. Reason? kat tempat ni ada macam2 permainan untuk budak2 ... dan orang tua pun boleh join sekali kalau mau. Kawasan persekitran Geopark Hotel ni pun cantik. Kalau nak naik cable car...kat depan hotel je. Kalau bawa anak2 memang sesuai sangat...tak perlu jalan jauh2...semua ada kat situ. Untuk ibu2 dan bapa2 pun sesuai juga... byk kedai2 yg jual macam2....
Inilah kawasan Geopark Hotel...cantik kan?
Kat sini ada disediakan kemudahan flying fox... sekali naik RM10. Budak2 tu semua teruja untuk mencuba walaupun pada awalnya takut2.
Along dan afiq .... sebelum terjun
Along memulai aktiviti terjun...
Diikuti oleh Afiq..
Dan tasha......
Selepas semua dah terjun...adik pun teringin nak terjun jugak...semangat datang sebab tengok kakak dan abang dah terjun dengan selamatnya. Sebelum terjun tu dia terbatuk2...bila aku tanya pasal apa terbatuk2..takut ke? dia kata... batuk tu untuk mengeluarkan 'takut' yang terlekat kat tekak..... ish macam2 la dia ni.
dah selamat sampai
cerita langkawi bersambung selepas ini......
No comments:
Post a Comment