Pages

Sunday, August 14, 2011

The Cup Or The Coffee

Saja nak berkongsi emel dari my hubby..

A group of alumni, highly established in their careers, got together to visit their old university professor. Conversation soon turned into complaints about stress in work and life. Offering his guests coffee, the professor went to the kitchen and returned with a large pot of coffee and an assortment of cups; porcelain, plastic, glass, crystal, some plain looking, some expensive, some exquisite, telling them to help themselves to the coffee.
When all the students had a cup of coffee in hand, the professor said: "If you noticed, all the nice looking expensive cups have been taken up, leaving behind the plain and cheap ones. While it is normal for you to want only the best for yourselves, that is the source of your problems and stress. Be assured that the cup itself adds no quality to the coffee. In most cases it's just more expensive, and in some cases even hides what we drink. What all of you really wanted was coffee, not the cup, but you consciously went for the best cups ... and then you began eyeing each other's cups.

Now consider this: Life is the coffee; the jobs, money and position in society are the cups. The cups are just tools to hold and contain life, and the type of cup we have does not define, nor change the quality of life we live. Sometimes, by concentrating only on the cup, we fail to enjoy the coffee God has provided us." God brews the coffee, not the cups, so enjoy your coffee!


Live simply. Love generously. Care deeply.

Speak kindly ... then leave the rest to God
 
 
 
 
.~ and  remember ~
The richest person is not the one who has the most,
but the one who needs the least.

Tuesday, August 02, 2011

Andai Ini Ramadhan Terakhir

Salam Ramadhan Untuk Semua. Semoga Ramadhan kita kali ini menjadi titik permulaan kepada sesuatu yg lebih baik, insyaAllah


Andai Ini Ramadhan Terakhir - Dipetik dari : http://my.opera.com/
"andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu siangnya engkau sibuk berzikir

tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu

mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu

sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'

tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri

menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji

"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"

sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...

kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu

setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja

di setiap kesempatan juga masa yang terluang

alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan

bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..

mengadu...merintih. ..meminta belas kasih

"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU

tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang

mari kita meriahkan Ramadhan

kita buru...kita cari...suatu malam idaman

yang lebih baik dari seribu bulan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir

mempersiap diri...rohani dan jasmani

menanti-nanti jemputan Izrail

di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....

andai ini Ramadhan terakhir buat kami

jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...

menerangi kegelapan hati kami

menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi

semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti


Namun teman...

tak akan ada manusia yang bakal mengetahui

apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya

yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah

berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

Sunday, July 17, 2011

Nisfu Syaaban


Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yangg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makhruf dan nafi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

(sumber ; wikipedia)

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)

Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”

Petikan dari buku Duratun Nasihin tulisan Usman AlKhaibawi.

Monday, July 11, 2011

Bersangka baik 2


Antara sikap yang menunjukkan kita seorang yang berfikiran positif ialah bersangka baik dengan Allah dan orang lain atau dalam bahasa arab dipanggil husnuzzon yang mana merupakan akhlak yang terpuji dalam Islam.
Bersangka baik ini perlu kerana :
  • dapat menghindari dari sikap putus asa dengan rahmat Allah
  • dapat menjaga hati kita dari mempunyai perasaan sakit hati dan dendam
  • elakkan dari permusuhan sesama manusia
  • jauhkan dari kejadian yang tidak diingini seperti mengungkit-ungkit
  • menyedari hakikat manusia ini perlu ada niat baik
  • semua manusia sukakan kebaikan secara fitrahnya
Dalam buku “al-Hikam” karangan ibn Ata’illah as-sakandari, beliau mengibaratkan ujian itu suatu nikmat yang tersembunyi atau ditangguhkan. Hanya dapat diperolehi dengan bersangka baik pada Allah swt. Dan orang yang paling bersangka baik pada Allah adalah Rasulullah saw, qudwatun hasanah sepanjang zaman.

Apa yang dikatakan bersangka baik kepada Allah?

Cuba kita hayati Kisah Tembikai di bawah: Kisah antara si isteri, suami, dan 3 biji tembikai.

Satu hari, si suami pulang dari kerja dengan membawa 3 biji tembikai yang dibelinya. Dengan hati yang gembira, si suami segera menyuruh isterinya membelah sebiji tembikai. Akan tetapi, tembikai pertama itu tidak manis.Lalu si suami menyuruh si isteri membelah tembikai kedua pula. Kali ini, tembikai yang dibelah tidak cukup masak. Si suami yang dari tadi menunggu dengan sabar terus menggesa isterinya membelah tembikai yang ketiga...Tembikai yang ketiga itu pula busuk isinya...

Dengan hati yang membara, si suami terus menendang dinding rumah mereka sambil meradang, "Kenapa semua tembikai ni busuk?! Tadi saya cuba rasa sebelum beli OK jer! Ni mesti apek tu tipu saya! Nak kene apek ni... Siap kau!"

Dengan nada selamba tapi sopan, si isteri berkata, "Abang...Abang marah kat siapa ni?"

"Awak tak boleh teka ke? Mesti la saya marah kat apek jual tembikai ni! Bengang betul saya!" balas si suami.

"Owh...Abang marah dekat Allah yer?" sahut si isterinya lagi.

Terkejut mendengar kata-kata si isteri, si suami berkata lagi, "Eh eh isteri aku ni... Awak sakit telinga ke?

Bila masa pulak saya marah kat Allah ni? Ada awak dengar saya kata macam tu?"

Sambil tersenyum si isteri menjawab, "Abang...mana apek tu dapat tembikai?"

Suami: "Dari petani la!"

Isteri: "Dari mana petani tu dapat tembikai pulak bang?"

Suami: "Mestilah dia tanam! Takkan tu pun nak bagitau."

Isteri: "Macam mana dia tanam bang?"

Suami: "Dia pakai benih tembikai la. Takkan benih jagung!"

Isteri: Dalam hati (Kerek jugak suami aku ni). "Siapa yang buat benih tembikai tu bang?"

Suami: "Mestilah Allah yang ciptakan."

Isteri: "Jadi...Betullah abang marahkan Allah yer? Abang nak marah apek, dia cuma menjual tembikai sahaja. Abang nak marahkan petani, dia cuma menanamnya aja. Jadi, abang sebenarnya marahkan Allah kerana Dia yang menciptakannya."

Suami: (Terdiam)

**Kita sering mencela makanan yang kita dapati, ujian yang kita tempuhi, dan cabaran yang kita hadapi...tanpa memikirkan dari mana datangnya semua itu. Sememangnya sebagai manusia biasa, kita sering terlupa. Tapi ingatlah, dari Allah datangnya semua ini, dan kepada Allah jugalah kita perlu bersangka baik. Ada hikmah disebalik setiap kejadian. Cuba lah cari hikmahnya. Moga kita akan berlega hati dengan ketentuan yang diberiNya.

Namun begitu, untuk bersangka baik terhadap sesuatu perkara bukan mudah. Adakalanya apabila ditimpa sesuatu ujian, kita cepat melatah. Marah menjadi perkara utama dan kadangkala tidak kena pada tempatnya.

Dalam menghadapi sesuatu perkara, hendaklah didahulukan bersangka baik (Husnuzzhon) kerana firman Allah dalam surah al-Hujuurat ayat 12. Ayat ini antaranya menceritakan perihal bersangka buruk yang boleh membawa kepada fitnah dan mengumpat.


"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain."

Daripada Muawiyah r.a berkata: "Aku mendengar Rasulullah bersabda":
"Jika kamu mencari keburukkan orang, maka kamu telah merosakkannya."

Hadis itu bermaksud memberitahu kita bahawa apabila kita bersangka buruk terhadap orang lain, maka kita dengan tidak semena-mena akan terdorong untuk mencari keburukkan orang tersebut. Oleh itu, muhasabah diri amat penting untuk kita menilai dan memperbaiki diri menjadi yang lebih baik.

_*berfikir dan berfikir*_

Persoalannya bagaimana untuk menjadi seorang yang sentiasa bersangka baik?

Contohnya: ditimpa musibah dan ujian dari Allah, orang menyakiti hati kita seperti menghina kita, mengumpat tentang kita di belakang, mencuba menjatuhkan semangat dan reputasi kita,menfitnah kita, menyusahkan hidup kita dengan memaksa kita buat macam-macam, selalu tak puas hati dengan kita, suka marah-marah kita tanpa sebab yang logik akal, dan sebagainya.

Penyelesaianya kita perlu kuatkan hati dan bersangka baik.

  • Allah tidak turunkan ujian kepada kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita, believe it!
  • cuba selami perasaan orang lain yang lebih menderita dari kita.
  • sentiasa memaafkan orang lain.
  • anggap semua orang sayangkan kita.
  • anggap Allah nak jadikan kita matang dan kuat melalui cabaran-cabaran yang diberikan
  •  ini adalah peluang kita utk muhasabah diri, mengenal kekuatan, ketabahan hati kita
  • banyak-banyak berzikir munajat (subhanallah, alhamdulillah, lailahailalallah, allahuakbar)dan istighfar
  • cari seseorang yang positif untuk bercerita perasaan anda
  • kekalkan persekitaran yang positif kerana takut nanti jika terjebak dengan orang yang tidak positif, kita yang ingin bersangka baik jadi bersangka buruk, dendam dan kesumat pulak.
  • pegang prinsip, kita perlu hormati orang tua kerana mereka banyak pahala dari kita, dan kita perlu hormati orang muda kerana orang muda kurang dosa berbanding kita.
  • ramai orang tidak puas hati dengan kita sebenarnya kerana dia nak jadi macam kita. oleh itu, beri mereka peluang menyertai kita dalam apa jua perkara positif yang kita lakukan. percayalah, hakikatnya semua orang sukakan kebaikan.

Sunday, July 10, 2011

Petua Cantikkan Kulit

Tuan2 dan puan2 sekalian, hari ni kita ke topik kecantikan ya.  Byk cara nak bagi kulit cantik..samada cara moden (guna Dqistee...he..he..iklan nih) atau pun boleh guna cara tradisional, untuk org2 yang rajin...yg pentingnya kulit kita jadi cantik gitu.



Ni ada be berapa petua yang aku cedok dari google. Jadi kalau rajin..cubalah.

Petua 1

——–
1. Ambil serbuk kulit kayu manis.
2. Campurkan ianya dengan bedak sejuk.
3. Letakkan sedikit air di dalam campuran dan gaulkan.
4. Sapu campuran tadi pada muka sebelum tidur.
5. Amalkan pada setiap malam.
* Jika anda amalkan petua ini, insyaAllah jerawat akan hilang dan muka akan menjadi bertambah licin/halus.

Petua 2
——–
1. Hancurkan tomato atau buah epal yang dah cukup masak di dalam satu bekas
2. Gosokkan perlahan-lahan campuran tomata & epal tersebut pada muka dan bahagian leher.
3. Biarkan selama 20 minit.
4. Cuci dengan air suam.
5. Amalkan selalu.
* Lendir yang terdapat pada tomato akan menghilangkan parut dan menyerikan wajah. Fungsi epal adalah mengurangkan pengoksidaan kulit muka

So cubalah ya...

Tuesday, July 05, 2011

Bersangka Baik

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

(Sumber: Halaqah.net)

Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Hujurat, ayat 12, yg bermaksud ;
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu menggunjing atau memfitnah sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. "



senyum lah selalu kerana senyuman pengubat kedukaan...


Sunday, July 03, 2011

1 Murid 1 Sukan

Sabtu pagi, kami ramai2 pakat gi ke kolej untuk larian 1 Murid 1 Sukan...disamping hari ganti untuk cuti raya puasa tahun ni. ish...hujung minggu yang memenatkan. Larian tu bermula jam 7.45 pagi dan berakhir sekitar 9.30 pagi. Lepas tu, kelas berjalan seperti biasa...masuk kelas dengan baju sukan...berpeluh2....macam2 bau ada.

Acara bermula...dirasmikan oleh Timbalan Pengarah KMK, Puan Norhashimah.


Pelajar2 KMK yang sentiasa bersemangat untuk aktiviti seperti ini... aktiviti belajar belum tentu semangat ke tidak kan? Walau apapun aku tengok pelajar2 tahun ni lebih agresif...awal2 semester lagi dah menunjukkan minat untuk datang jumpa pensyarah... bertanya dan berbincang...Satu perkembangan yang positif. 


Kami...yang tidak terkecuali ... turut serta berlari-lari emak...kadang2 je ... yang selebihnya...berjalan2 je...
Namun apa yang penting...semangat mesti ada. Kononnya boleh bakar lemak2 jahat yang terkumpul...bak kata  nora dan k.yati.


Selepas sesi membakar lemak...diikuti dengan sesi menambah lemak...dan aku tengok  untuk sesi ni semua orang nampaknya begitu bersemangat...Nampaknya azam membakar lemak pada larian tu telah diakhiri dengan jayanya..he..he..he.

Saturday, July 02, 2011

Kacamata...

Saja nak share coretan yang aku rasa cukup menarik untuk direnung oleh kita semua. Coretan ni aku copy paste dari blog nurulbadiah lai...aku suka dengan cara dia tulis.

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.
kadang2 bile kite nak cakap sesuatu tu..kite kene fikir level org lain gak..jgn kite fikir org tu sama standard ngn kite..
logik ke..kite ni doktor..pastu kite duk ckp ngn penoreh getah tentang sesuatu yg boleh buat die ternganga??
tak pon..kite bla bla cakap tentang okey je barang naik..okey je minyak naik..okey je apa2 naik..cakap lak kat depan orang yang kais pagi makan pagi kais petang xboleh makan2?pastu duk argue ngn org tu tak reti bersyukur la ape la...ce try kite letak diri kite kat tempat orang tu plak..?camne?
orang selalu kalau nak tengok sesuatu..tengok dari pandangan die..fikir dengan level die..abes tu orang lain camne??
sakit hati kite..kite duk bising2..habis tu sakit hati orang camne lak?kan?kan

Menarik kan?
 
Aku rasa apa yang diperkatakan oleh nurul tu cukup tepat. Kita selalu melihat sesuatu dari kacamata kita...kita tidak melihat sesuatu dari kacamata orang yang mengalaminya...merasainya...Bak kata orang berat mata memandang...berat lagi bahu yg memikul. Tanpa sedar, mungkin perbuatan @ kata2 kita telah membuatkan orang bersedih...siapa tau kan...?
 
Oleh itu...
Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.
Gambar ni pun aku copy paste dari google

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.

KEEP SMILING....

Thursday, June 23, 2011

Congratulations

Freeorkutscraps.com - Free Orkut Scraps
Akhirnya..selepas 5 hari berlatih untuk pertandingan drama ni, afiq ,along dan kawan2nya telah berjaya dapat johan. tahniah untuk SMJ. Tak sangka, pandai juga budak2 ni berlakon. Afiq jadi Hansel dan along Cinderella...katanya drama pasal fairytale..

Piala yg along dan afiq tak sabar2 nak tunjuk kat abah...
Sebagai hadiah mama cuma bawa pergi makan pizza...

hidangan kami untuk hari tu...

Afiq yang sentiasa berselera...

Adik dan Tasya...

Bibik ratna dan along.
Selasa  depan, katanya akan diadakan pertandingan peringkat negeri. Kedua2nya dah bersemangat nak dapat johan...nanti boleh buat big surprise kat abah...Hish...belum apa2 dah berangan.
Walau apapun...aku dah cukup surprise sebab mereka dah ada keyakinan untuk beraksi di depan penonton yg ramai.

Sunday, June 19, 2011

Happy Father's Day


Happy Father's Day for My Husband.



Father's Day Wishes From Your Kids

From Adik

Abah adik nak ucapkan selamat hari bapa.
Abah best tak duduk kat US & UK?
abah sihat tak?adik sihat..
Abah duduk dekat mana sekarang?
adik sayang abah
SELAMAT HARI BAPA.


From:Tasya

Hai abah..How are you? I hope you enjoy yourself at United
 States and United Kingdom.Abah,if not i wanted to go to US and UK too.
Why didn't you put me in your bag,hahahahaha..Don't even have to pay..
JIMAT DUIT,hahaha..
Ok lah,i want to wish you'HAPPY FATHERS DAY'
Bye-bye ^_^



From Along

Abah,I want to say Happy Father's Day to you.Hope you have a splendid time in US,and no one troubles you.My Drama Competition is within two days,and I'm hating every minute of it.Hahaha.wish you were here..


From Afiq

Hello,I wanna say Happy Father's Day too.Urm,I really wish I could go with you to US..But I have a Drama Competition.Makes me really nervouse!Hope you have a fantastic time over there.




 

Niagara Falls

Baru terima gambar dari my hubby yang kini berada di Buffalo, US. ...berconference di sana selama seminggu dan selepas itu ke UK seminggu. Seronok kan...kerja sambil berjalan. Katanya hotel yang dia duduk tu dekat dengan niagara falls...cuma 10 minit je kalau jalan kaki. Dapat tengok gambar pun jadilah kan...nak ke sana rasanya tak terjangkau ...dalam keadaan sekarang.



Aku dah google info tentang niagara Falls.... malas nak translate...
The Niagara Falls are the most powerful waterfalls in North America. These voluminous waterfalls are situated on the Niagara River, which drains Lake Erie into Lake Ontario and forms the international border between the Canadian province of Ontario and the U.S. state of New York. The falls are 17 miles (27 km) north-northwest of Buffalo, New York and 75 miles (121 km) south-southeast of Toronto, Ontario, between the twin cities of Niagara Falls, Ontario, and Niagara Falls, New York.


Cantik kan?


My Hubby... Mulai sekarang, fikir2kan lah peluang untuk bawa isteri ke sini ya...he..he..he..





Katanya pada waktu malam...ada firework kat sini....cantik..
Bila boleh tengok ya...

Thursday, June 16, 2011

Doa


Ketika kumohon kepada Allah kekuatan, Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat.

Ketika kumohon kepada Allah kebijaksanaan, Allah memberiku masalah untuk diselesaikan.

Ketika kumohon kepada Allah kesejahteraan, Allah memberiku akal untuk berfikir.

Ketika kumohon kepada Allah keberanian, Allah memberiku bahaya untuk kuatasi.

Ketika kumohon Allah sebuah cinta, Allah memberiku orang-orang bermasalah untuk kutolong.

Ketika kumohon kepada Allah bantuan, Allah memberikanku kesempatan.

Aku tak pernah menerima apa yang kupinta, tetapi aku menerima segala yang kuperlu.

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain terbuka, tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu yang dibukakan bagi kita.

Orang orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki hal hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaNya.

Waktu kita lahir, kita menangis dan orang orang di sekeliling kita tersenyum, jalanilah hidup kita sehingga pada waktu kita meninggal, kita tersenyum dan orang orang di sekeliling kita menangis.

Sumber : Kakchik

Wednesday, June 15, 2011

Life

Sekali lagi kami diminta mengisi borang pemangkuan untuk ke DG44, DG48 dan juga DG52. Untuk aku...rasanya ini dah kali ke tiga mengisi borang pemangkuan...dari tahun 2007, 2009 dan sekali lagi di tahun ini....Tak pasti lagi kali ni dimana borang tu akan transit....moga2 kali ni tidak transit ditempat yg tidak dapat dikesan..tercicir di merata-rata. InsyaAllah. Laluan semakin sukar...kuota semakin penuh...ketidakpastian makin terserlah..Namun apa salahnya mencuba...bukankah dah biasa dengan penolakan demi penolakan....?  Mungkin bagi sesetengah orang..laluan sentiasa lancar ... dan bagi yg kurang bernasib baik...ada2 saja penyebabnya. Itulah hidup....


Kawan2 selalu berkata.....

Kadang kala Allah hilangkan sekejap matahari
Kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat
Puas kita menangis mencari di mana matahari
Rupanya Allah nak menghadiahkan kita pelangi
______________________________________________

.....dan aku masih menunggu pelangi itu...

Cerita pemangkuan kali ni agak menakutkan... jika tempat yang dipohon penuh...mungkin tercampak dimerata.rata...atau kekal digred yang sama. Pada mulanya terfikir juga ... nak isi ke tidak? Takut juga kalau terpaksa pindah ke tempat lain.


Takut weh... tapi apa salahnya mengambil risiko...peluang tak selalu datang


Life is Full of surprises. Its like a box chocolates you'll never know what you gonna get! And that was exactly the reason why we need to take the risk sometimes. It's one of the best way to really feel that life is indeed essential to everyone. It is were we can find the true meaning of leaving in the world of mortal people...


Berbekalkan kata2 itu....aku isi borang....moga2 kali ini nasib menyebelahi aku...
Take a chance and never let go.

...The End....

Tuesday, June 07, 2011

Cerita Tentang Sakit

Sejak kebelakangan ni sakit aku sering datang. Kalau dulu, dalam dua tiga bulan sekali baru dia datang...tapi sekarang ni..dalam sebulan, tiga empat kali. Memang sedih..Kadang2 dalam doa untuk jadi kuat..redha..tabah..., aku tetap kalah...airmata tetap menitis. Selalu tertanya dalam hati, kenapa dugaan demi dugaan...datang bertimpa. Namun ku tekadkan dalam hati, ujian adalah tarbiyah dari Allah, maka tabahlah...


Petang kelmarin, aku ke klinik perubatan homoepathy. Mendengar kata2 doktor...rasa lapang dan sedikit bersemangat. Aku dibekalkan dengan ubat dan petua.

Kata Dr, Madu dan habbatus sauda bagus untuk kesihatan. Caranya, campurkan 2 sudu kecik madu dengan setengah cawan air. Kunyah habbatus sauda, lepas tu minum madu tadi sikit2...amalkan 2 @ 3 kali seminggu, waktu malam. Kalau nak guna minyak habbatus sauda pun lebih baik, campurkan terus dalam madu tadi. Tapi bagi aku, kalau guna minyak ni, rasa dan baunya agak tak menarik ... jadi aku lebih suka guna yang biji...walaupun rasanya agak pedas..pahit. Memang sebelum ni pun aku dah amalkan minum madu, aku minum pekat macam tu...pagi dan malam. kata Dr, kalau buat macam tu...dia tak jadi ubat....ish tersalah cara rupanya.

Dalam al-quran pun ada menyebut kebaikan madu, bunyinya lebih kurang begini...


“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “ buatlah sarang-sarang di bukit-bukit dan ditempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat obat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan” (An-Nahl: 68-69)

Kata Dr lagi, kalau boleh elakkan debu, asap.... Kat rumah kalau boleh jgn guna kipas angin sebab dia akan terbangkan habuk, jangan minum ais, rempah2 pedas....dan macam2 lagilah. Insyaallah...aku akan cuba ikut semua nasihat itu.

Sekian dulu cerita tentang sakit. Doakan supaya aku diberikan kesihatan yang lebih baik. amin.

Monday, June 06, 2011

Cerita hari ini...

Salam
6 jun 2011
For everthing you have missed, you have gained something else;
And for everything you gain, you lose something else;
It is about your outlook towards life. You can either regret or rejoice


Hari ini pendaftaran pelajar baru ambilan kedua...tak tau lagi berapa ramai yang akan masuk. Maklumlah, sekarang ni terlalu banyak pilihan...diploma..asasi sains...berlambak2. Semua pakat offer...pilih je nak yang mana...IPTA ada, IPTS ada...Ada pelajar yang dapat offer sampai dua tiga tempat...tahniah. Ada juga yang tak dapat offer langsung...jadi pilihan terakhir pi je ke tingkatan 6. Walau mana tempat pun kita pergi...yang penting usaha...pasti berjaya.

Aku terkilan juga sebenarnya...anak saudaraku tidak berjaya untuk ke program matrikulasi..walaupun telah berjaya memperolehi 5A dalam SPM. Puncanya...matematik tambahan cuma dapat gred E...syarat mimimum untuk ke matrikulasi program perakaunan. jadi keadaan ini boleh dijadikan peringatan...kalau nak masuk matrikulasi matematik tambahan kena buat betul2...kena score..

Walau apa pun aku doakan yang terbaik untuk Farah....terimalah apa yang ditentukan. mungkin ada yang lebih baik menanti di depan. rezeki ada di mana-mana. with hope..anything is possible. Never..never give up.