Saat rasa jatuh.
Saat rasa berat.
Saat rasa luluh.
Saat rasa lemah.
Saat rasa tidak berdaya.
Saat rasa menyerah kalah.
Saat rasa kecil.
Saat rasa tidak tenang.
Dekatkanlah diri dengan Penciptamu, kerana di situ ketenanganmu.
Saat rasa jatuh.
Saat rasa berat.
Saat rasa luluh.
Saat rasa lemah.
Saat rasa tidak berdaya.
Saat rasa menyerah kalah.
Saat rasa kecil.
Saat rasa tidak tenang.
Dekatkanlah diri dengan Penciptamu, kerana di situ ketenanganmu.
Hari ni keputusan UPSR diumumkan...tahniah untuk yang berjaya dapat 5A.
Anak aku Afiq... muka suspen...masa tunggu nama di panggil. Tahu pun takut.
Menerima keputusan UPSR dari guru kelas..... muka terkejut...surprise betul. Macam tak caya je kan...Cikgu pun terkejut.
Akhirnya...tahniah dapat 5A. Aku pun macam tak percaya sebab Afiq ni punyalah malas baca buku...homework pun selalu tak siap. Hari2 kena denda kat cikgu. Alhamdulillah..
1. Ketulenan
2. Pendamai
3. Ceria
4. Konsevatif
5. Perintis
6. Romantik
7. Intelektual
8. Penyelesaian
9. Pelakon
cuba lah test sendiri...macam betul je kan?
sumber :http://doktorcintaz.wordpress.com/2008/01/07/maksud-tarikh-lahir-anda/
Cuti.. day 2, sebagaimana di janjikan kami bawa anak2 ke Aquaria di KLCC. ...tengok ikan. Tiket masuknya RM35 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak2 12 tahun ke bawah. Campur semua habis la lebih kurang RM200...ish..ish..mahal kan, tengok ikan je tu. Lagipun ikannya pun tak lah banyak sangat macam kat underwater world di Langkawi. Walau macamana pun anak2 memang happy pada hari tu.
Jerung...
Aku bersama anak2 dara yang semakin membesar.
Aku dan satu2nya hero...afiq
Bergambar bersama Turtle....tengok tu dia pun siap bergaya juga...siap angkat2 kaki lagi.
Afiq cuba pegang belangkas....bila besar nanti jangan jadi belangkas ya....
Sesi bagi makan ikan...
Cuti Kolej disambung sampai ke hari selasa sebab banjir. Seronok bila dengar cuti ditambah...tapi yang tak seronoknya, kena ganti. Ish ni yg malasnya....ganti pulak mesti pada hari jumaat. punyalah la tak sesuai kan..? Walau apapun..cuti mesti dimanfaatkan, betul tak? Aku apalagi...pujuk la cik abang tu untuk sambung misi kami yang tergendala sebab banjir hari tu.....bercuti ke KL, kononnya nak menghadiri majllis kahwin sepupu dan juga kesian kat anak2 sebab dah janji nak bawa mereka bercuti. Hidden agendanya...Ariani sale weh...ni lah misi yang paling utamanya....ahak. Kat Alor Setar pun boleh beli, tapi bila dah banjir nak pergi macamana...sale tu pulak 3 hari je (jumaat sampai ahad untuk yang ada member card). Jadi berbekalkan misi-misi tersebut, maka bertolaklah kami ke KL pada sabtu pagi....jalan masih lagi dinaiki air, kami redah air kat kepala batas...tapi sikit je kawasan yg tenggelam.
Kami sampai kat rumah kakak di Pandan Jaya pukul 1 petang. Rehat sekejap...pukul 4 petang aku dan hubby ke Jalan TAR... menyelesaikan misi utama aku...Ariani. Anak2 tinggal kat rumah kakak...sabar ye, misi budak2 hari ke 2...walau apapun kena selesaikan misi mama dulu ye. ..he..he . Ariani bagi less 40% - 50% untuk pemegang member card. ... rasa macam murah betul...tapi bila time nak bayar terkejut la pulak....kopak jugak la beratus-ratus. Nak buat macamana sebab dah 'terambik' banyak helai....jadi kenalah buat2 terkejut bila dengar harganya....cover line la depan hubby..ahak.
Malamnya kami ke Majlis Perkahwinan Sepupu di Holiday Villa. Ni la gambar2nya. Tapi gambar tak berapa jadi...gelap je. Maklumlah aku ni bukannya reti nak guna kamera tu...hubby pulak tak jadi ikut sekali...letih katanya.
Pengantin Baru.... Juili Dan Suami
Kumpulan penari cilik pada malam tu
Anak2 saudara, Juana dan Effa
Aku...
Pekan Jitra...ditenggelami air.
Dah tiga hari bercuti...boring. Start cuti hari rabu, hubby pun start outstation..meeting di KL sampai khamis. anak2 ke sekolah...ish..ish...boring sungguh. Bila dah boring, ni la hasilnya...aku cari la apa2 yg patut untuk dibuat....edit2 gambar pun ok juga kan.
My kids...di Kuala Perlis
Fatehah... dah jadi anak dara dah anak aku ni rupanya.
Natasya...bila la nak berhenti menangis..
adik... pening kepala bila dia start bercakap
Afiq - hero yg sentiasa cool
Kalau nak ikutkan, kerja berlambak nak kena buat...kalau rajin la. masalahnya aku ni memanjang tak dok mood. RPH belum buat...lecture note untuk next sem belum jeling2 lagi... thesis phd belum start enjin pun lagi lepas bayar yuran hari tu...ish pening...pening.... Nampak gayanya macam nak kena join group kak yan nih...boleh tak ummi?
Esok nak kena pergi ke seremban pulak untuk bengkel .... rasa macam menyesal pulak minta nak pergi bengkel tu dulu. walau apapun... hidup mesti diteruskan.
Benarlah kata orang, karenah anak2 ni kadang memeningkan kepala dan menguji kesabaran kita...merajuk....bergaduh....menangis....dan macam2 lagi. Memang pening kepala, ...tapi pada satu saat, bila mereka dah besar....kita akan merindui saat2 itu... Aku dah mula merasainya...aku merindui masa2 kecil mereka...masa baby...masa baru belajar berjalan .....bla...bla...bla...
Cepat kan masa berlalu...? Jadi moral of the story...hargailah apa yang anda ada pada masa kini kerana mungkin selepas ini anda tidak akan memilikinya lagi. Eh betul ke pepatah tu...? .. setuju je lah ya.
Aneesa Sofea - Baby
Aneesa Sofea - dah boleh bertatih. Dah pandai bergaya tu...
Aneesa Sofea - Kini
Esok bermula cuti untuk program matrikulasi....yeyy.
Selamat bercuti untuk semua. ...till 8 November.
Kali ni cerita apa la agaknya aku nak cerita ya...Aku pun tak tau nak mula macam mana. Tapi yang pastinya aku sedih sangat2 nih. Kadang2 aku rasa macam tak adil je kehidupan ni...kenapa aku selalu berada di pihak yang tidak 'bernasib baik'. Memang aku selalu peringatkan kat diri sendiri supaya redha dengan apa jua ketentuan..tapi kadang2 hati jahat aku ni terdetik juga. ...
Mesti korang confuse kan...awat la mek rose ni? buang tebiat lagi sekali ke...ahak...ahak. Ok ...sila confuse ya. ... bak kata Ct nurhaliza 'Biarlah Rahsia'. Aku suka la kat gambar bawah ni...macam sesuai je...
Happy Monday Again...to all
May Allah Bless You
Hope by Brian Quinn
Hobby terbaru...photography. Seronok rupanya main ambik2 gambar ni...tambah2 lagi model2 nya pun, model2 pencen semua... Tapi siapa nak kesah. Tak kiralah model pencen pun. Sapa yg suka tengok...tengoklah ya. Yg tak suka sila pejam mata ...
Versi aku....
Versi kak Ida...gambar kak ida tak banyak. Katanya tak dok mood. Aku tak nak paksa sebab kami ni kan model pencen profesional.
Versi nora...ala-ala nurulbariah gitu.
Versi Kak Yati...
Gambar kak yati kena banyak sebab dia ketua unit keceriaan kolej. tak boleh lawan ketua...nanti ketua marah.