Pages

Sunday, August 22, 2010

APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT

N3 kali ni aku petik dari emel seorang kawan sepejabat...rasanya elok juga ya kalau dishare kat sini. Sama-sama fikirkan. Beginilah bunyi emelnya:
Kepada Teman Seperjuangan
Mari kita kongsi apa yang Datuk Dr Fadilah Kamsah kata semalam dalam radio Era pukul 8.30 malam (bunyi lebih kurang macam ni la):-
'Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan 'serba tak kena '....ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja. sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa atau luar biasa. Berkerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan mengembirakan orang di sekeliling kita. semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyaallah.
Jadi renungilah:-
  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BERKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita "TAK DATANG' kerja
  2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya "KELAM KABUT'
  3. Adakala kita rasa kita 'PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY
  4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA
  7. Adakala kita suka bertanya "KENAPA DIA NI MCM NI KEJE', adalah lebih baik kita tanya ' APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah ...segera, tapi manusia tetap manusia...sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa ' kekeluargaan' dalam tugasan...kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman2 yg lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat...kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki...nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih... Renungilah berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"mengkritik tidak bererti menentang,

menyetujui tidak semestinya menyokong,

menegur tidak bermakna membenci,

dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Bagus juga kan ....thanks to Azuad sebab share pesanan ini dengan kami semua. Semoga apa yang tertulis dapat dijadikan panduan untuk kita.

RENUNG-RENUNGKAN.....SELAMAT BERAMAL......

No comments:

Post a Comment