Monday, August 02, 2010

Makeover Lagi

Makeover Dining....

This is before

Ini lah kerja aku kalau cuti atau masa hubby tak dok kat rumah.. Ni sebenarnya sambungan makeover yg dulu tu. hari tu aku cuma cat sekerat kat ruang tamu...yg kaler hijau tu. Yg ni aku cat pula kat bahagian dining ...kaler berry wine. dulu kaler ni aku buat utk feature wall je, selebihnya kaler pueblo peach...sekarang ni dah tukar semua ke kaler berry wine. Perabut pun aku ubah kedudukan...sakit pinggang aku dua tiga hari sebab tolak almari2 berat ni. ish...aku rasa perkasa betul la..

Kerja-kerja makeover ni aku buat masa zizi ke Manila 4 hari...ada conference. bila dia balik tengok semuanya dah bertukar...Sebenarnya dah lama aku berniat nak alihkan kabinet hitam tu ke tempat lain, tapi zizi tak nak. Bila dia tak ada aku ambil la kesempatan ubah posisinya....alasannya aku nak cat kat belakang kabinet tu. Kalau nak cat dinding kat belakang kabinet tu, kena la alih kedudukannya kan? so dah alang2 alih biar la dia kekal dok kat tempat barunya...logik kan? suspen juga aku nak tengok reaksinya...nasib baik dia berkenan. Haaa mula la aku 'perasan' ...tengok la sapa dia punya interior designer...

This is After

Inilah gambar2 yang sempat aku snap...kabinet hitam dah berubah kedudukannya....aku cukup puashati, tak la nampak berserabut sangat rumah aku. Aku rasa bab cat mengecat ni aku dah terer dah...cuma bab snap gambar aku rasa masih fail. tak berseni langsung. lepas ni aku nak belajar cara snap gambar yang nampak cantik dan berseni pulak..., barulah rumah aku nampak cantik dalam gambar walaupun keadaan sebenarnya tak la cantik manapun.

Inilah antara gambar2 dining area baru aku...dah bertukar ke kaler berry wine . Bird cage tu aku baru beli kat kedai Chuan...tak tau nak gantung kat mana... so sementara waktu letak je dulu atas kotak tu, nampak ok la juga kan? Bunga tu pun aku baru beli kat kedai chuan..bunga yg lama tu dah buruk sangat...aku tengok dia pun macam dah merayu2 minta dipencenkan. Senyum sampai ke telinga Chuan hari tu, maklum banyak la juga duit aku terbang masuk poket dia hari tu...tak ada diskaun pulak tu.

Tempat kabinet hitam tu aku letak kabinet kesayangan aku yg kaler coklat tu...nampak lapang la sikit. Walaupun aku dah ubah kabinet hitam tu ketempat lain...itu tak bermakna aku tak suka kat dia...hitam-hitam sitampuk manggis...

MISSION COMPLETE...AND I LIKE...

0 comments:

Post a Comment

 

My Secret Diary. rose-duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang