Pages

Friday, August 06, 2010

guru oh guru

Tanggal 5 ogos 2010, aku ke Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra untuk menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang anak sulungku Nur Fatehah Afiqah yang telah mendapat 5A dalam UPSR tahun 2009. Majlis itu dimulai dengan ucapan dari wakil PIBG, Guru Besar Sekolah En Thacanamurthy dan tetamu kehormat hari itu Pn. Ashah bt. Samah, Pengarah bahagian SBP dan sekolah kluster. Ucapan yg penuh semangat dari mereka menyebabkan aku rasa cukup berbangga menjadi seorang guru.
Aku cukup terharu melihat wajah2 riang guru2 disitu...tersenyum bangga menyambut kehadiran bekas2 pelajar, memeluk dan mencium mereka satu persatu. alangkah murninya kasih seorang guru terhadap pelajarnya...dan aku sebagai seorang guru amat tersentuh dengan situasi itu. Ya...seorang guru yang ikhlas mengajar dan mendidik anak didiknya tanpa mengharapakan apa2...cuma kejayaan pelajar2nya yg menjadi hadiah yang tak ternilai bagi seorang guru. Keikhlasan itu jelas terpamer diwajah mereka... guru2 SKSAT. Sekali lagi aku rasa cukup bangga menjadi seorang guru...biarpun kadang2 kerenah pelajar acapkali menaikkan darahku...Ketahui lah pelajar2ku, marahku bukan kerana benci, leterku bukan kerana menyampah...semuanya kerana kami sebagai guru menyayangi kalian...tidak mau kegagalan bertandang...ingatlah peluang yg datang jgn disia-siakan. Untuk semua yg bergelar guru, hayatilah lirik lagu ini. Martabatkan profesion perguruan.
Biarku menjadi lilin
memberi kan cahaya
terangi sekeliling
dengan diri terbakar
tak siapa yg sedar
disaat kegelapan
rela ku berkorban
demi satu harapan
biar masa berlari
dan kau terus mendaki
aku tenang disini
dengan sabar menanti
tanpa dendam dan benci
andainya kau terjatuh
terluka dan tersungkur
kurawat biar sembuh...
aku takkan bertanya
apakah nanti balasannya
setiap pengorbanan
setiap pemberian
demi satu ikatan...
keikhlasan dihati
walaupun sering kau ragui
pada suatu masa dan suatu ketika
akan ketara jua...
biarku menjadi lilin
memberikan cahaya
saat kau kesepian
saat kau kegelapan
ku rela menerangkan
aku senang begini
dapat terus berbakti
dengan cara sendiri...

No comments:

Post a Comment