Tuesday, August 24, 2010

AKU DALAM DILEMA

Aku pening sebenarnya...dilema sungguh2. Hari ni dan 24 hb August, tinggal 3 hari lagi untuk aku buat keputusan. Keputusan apa ya...kalau cerita kat kawan2 mesti depa pakat gelak kat aku tertonggeng2 nih. Tak tetap pendirian sungguh. Aku kena buat keputusan samada nak terus @ tidak bagi 'derma' kat USM...macam yang aku pernah buat sejak beberapa semester kebelakangan ini. Seingat aku, ada kot tiga semester bayaran yuran yg aku buat tu berbaloi...maksudnya aku bayar yuran dan buat tesis tu..jumpa supervisor bincang2. Lepas tu seingat aku...bayar tetap bayar, every semester tapi tesis tak jalan...jumpa supervisor pun tak lagi...aku dah jadi pemalu sebenarnya...
Setiap semester bila time nak kena bayar yuran, mesti aku bertekad dah tak nak bayar lagi dah...aku nak letak jawatan sebagai pelajar PhD USM tu, tup..tup bila dekat2 due date...mesti aku bayar punya...terasa sayang la pulak dengan jawatan pelajar tu. Sekarang ni cerita itu berulang lagi..tapi kali ni dah ter'over' sikit. aku dah berjaya melepasi 'due date'...tapi masalahnya aku masih diberi peluang untuk bayar yuran tersebut plus denda...jadi berganda la pulak bayarannya. kalau aku masih tidak membuat bayaran sehingga 27 August...maka aku akan diberi notis "DITAMATKAN PENGAJIAN"....yg ni la aku tak berapa seronok nak dengar.
Sebenarnya aku rasa keinginan aku masih tinggi untuk teruskan pengajian tu...tapi yg menjadi masalahnya tahap kemalasan pun tinggi juga. Tak boleh nak salahkan aku juga kan...? aku belajar ni part time je...belajar sambil kerja, masa pun agak terhad la kan. ..
Aku dah cuba selak2 balik tesis ku yang sekerat jalan tu..tapi aku dah jadi buntu dah, tak tau nak mula kat mana... Ish kadang2 aku rasa betapa hipokritnya aku...bagi motivasi kat pelajar2 aku supaya rajin dan macam2 lagilah kata perangsang supaya mereka belajar betul2.....tapi aku sendiri macamana? rasanya aku dan mereka tak sama kan..? aku belajar ni saja je suka2...tak belajar pun tak apa sebab dah ada kerjaya, tapi mereka tu baru nak mula hidup...jauh lagi perjalanan yg perlu ditempuhi....ok tak ayat bela diri aku tu?
Aduih...pening nih...apa pendapat kawan2? Kak yan...kami respek kat kak yan nih...masih bertahan sehingga sekarang.

0 comments:

Post a Comment

 

My Secret Diary. rose-duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang