Pages

Tuesday, August 17, 2010

muhasabah diri

Pelik kan baca N3 aku kali ni. tapi aku rasa aku nak tulis juga, walaupun tak tau nak mula macamana. aku rasa benar2 tersentuh...sedih dan insaf . Betapa dalam dunia ini ramai lagi orang yang kurang bernasib baik dari kita. Betul kata Ustaz Imran dalam tazkirahnya semalam..kata ustaz " gagalnya manusia kerana dia melihat apa yg dia tak ada, bukannya melihat apa yang dia ada". begitulah lebih kurang ayatnya. Memang betul, kita sering menyesali dan berhiba2 atas kekurangan kita, kesedihan kita, ketakdayaan kita, ketaksempurnaan kita....tapi pernahkah kita terfikir ada lagi org yg lebih teruk dari kita, lebih sedih dari kita....
jadi aku bertekad...insya allah aku tak mau lagi bersedih atas hal2 yang remeh...aku mesti ingatkan pada diri sendiri walau macamana pun kekurangan kita...ada lagi insan2 lain yang lebih teruk dari kita.... mesti bersyukur atas apa yg Allah anugerah kan. Aku bukannya nak jadi ustazah...memang tak layak pun, tapi apa yg diluahkan adalah sekadar peringatan untuk diri sendiri.
Mesti pelik kan..kenapa la mek rose merepek2 macam ni. Dah buang tebiat ke? Sebenarnya aku insaf sangat bila terbaca blog seorang pesakit barah payu dara yang bernama Dalilah Tamrin, betapa tabahnya dia menjalani hidup biarpun dalam kesakitan sehinggalah ajal menjemputnya. Last N3 dalam blognya june 19/ 2010... dan diberitakan telah kembali ke rahmatullah Julai 2010. Pada kawan2, boleh la kunjungi blognya . Semoga kita dapat sama2 jadikan pedoman.
Komen dari seorang blogger kepada allahyarham Dalilah.
Anda insan Terpilih, Diuji untuk diberkati
Sabda Rasulullah s.a.w
'Seseorang hamba itu apabila tercatat namanya satu darjat dalam syurga, dan dia tidak dapat mencapainya dengan amal ibadah, maka tuhan datangkan ujian. Lantas dia bersabar di atas ujian itu, maka kekallah darjat itu di dalam syurga."
Pahala oleh sebab sakit lebih selamat dari pahala amal ibadah, kerana ia susah untuk dimasuki oleh riak dan ujub.
Al Fatehah untuk Allahyarhamah Dalilah. Semoga rohnya ditempatkan disisi orang2 yang beriman. amin.

1 comment:

  1. i tear shed baca blog dia. sama2 kita sedekahkan al fatihah.

    ReplyDelete