Wednesday, August 11, 2010

Orkid ku Dah Berbunga

Pokok orkid ni aku beli dah lama, kat padang besar...rasanya ada kot dalam 4 tahun lepas. Masa beli tu memang dah berbunga cantik. Dalam masa aku jaga orkid ni, kalau tak silap ada kot tiga kali dia berbunga..lepas tu mogok bertahun2. Bukan saja tak berbunga, daun2 dia pun macam hidup segan mati tak mau je. kesian orkid tu...jadi mangsa dera. Aku ingatkan orkid ni akan jadi arwah dah, rupa2nya panjang lagi umurnya...siap berbunga lagi. Thanks to kak yati sebab bagi petua kat aku. Rupa2nya pokok pun boleh sakit juga, kadang2 sakit tekak, angin satu badan..ops silap...angin satu pokok, sakit sendi, batuk, pening, sakit urat dll lagilah...macam manusia la bila dah tua macam2 penyakit timbul. silap makan sikit, sakit seluruh badan. Alhamdulillah, ikut petua k.yati tu...berbunga akhirnya orkid tu. Apa petuanya...jeng...jeng..jeng, rahsiaku bukan milikmu. Hanya unit keceriaan KMK yg tau.... Betul kan kak ida? Biar depa jelesss tengok bunga2 kita.

0 comments:

Post a Comment

 

My Secret Diary. rose-duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang