Pages

Saturday, November 27, 2010

Cuti Sekolah ...Day 2 (cont)

Jumaat, pukul 4 petang..., kami bertolak ke KLCC...misi kali ni nak beli hadiah untuk Afiq. Sambil2 nak cari kasut untuk mama... ahaks. Jalan tak sesak sangat...jadi perjalanan kami laju je. Sampai di KLCC, tempat tujuan yg pertama mestilah ke kedai buku... Kinokuniya. Kalau boleh ke kedai buku, semuanya senyum sampai ke telinga... tapi bila masuk kedai kasut ke, baju ke...masing2 monyok dan buat2 muka letih....ish tak aci betul la...


anak2 sedang memilih buku masing2.

 Adik mesti pilih buku pasal fairy tales

Afiq .... suka buku2 macam narnia dan harry potter

Tasya... macam biasa tak tau nak pilih buku apa...tapi dia suka buku2 pasal princess...maklum la nak jadi princess

Hasil pencarian hari tu.... Afiq...The Candy Makers & Narnia. Adik..Magical Moments, Along...Clover Twigs dan Tasya... Diary of Wimpy Kid..itu aku yg pilih utk dia sebab sampai ke sudah dia tak tau nak pilih buku mana. lagipun aku rasa buku tu bagus...bahasanya simple je. tapi si tasya ni tak suka...mukanya masam je...sebabnya dia kata dia bukannya wimpy kid...he...he. ..apalah mama ni. 


Akhirnya...PSP untuk Afiq....tapi kami dah buat perjanjian, semua orang boleh main....afiq cuma jadi ketua je. Kalau nak beli sorang satu....muflis la mama.


Misi yg kedua dah selesai.....Afiq senyum meleret sebab dah dapat hajat dihati.Tasya masih merajuk...tak nak bergambar... ni mesti kes 'Wimpy Kid' la ni.... Kasut mama...tak jadi beli sebab dah tak larat nak jalan mencari ...letih weh.

Jam 8 malam kami bertolak balik ke hotel.  GPS pulak buat hal.... dia buat pening la pulak. dua tiga kali pusing tempat yg salah...pusing merata masuk ke taman2 perumahan...akhirnya tiba tempat yg sama jugak...salah pulak tu. Akhirnya kami guna mata sendiri...tengok signboard...barulah jumpa. Itulah org kata...kadang2 teknologi ni pun menyusahkan juga...tak boleh diharap. dah la penat...main pusing2 keliling pulak.

Cuti Sekolah .... Day 2

Jumaat, after breakfast.... pagi2 lagi adik cakap dia mimpi mandi kat kolam...aku faham la tu, sebenarnya dia nak ajak aku pergi mandi kolam...dalam pukul 11 pagi, .aku bawa anak2 ke swimming pool...ni aktiviti wajib kalau kami menginap di hotel. Tak ke mana2 pun tak pa, asalkan boleh mandi kolam sudah cukup.


Anak2ku, Tasya, Afiq, Aneesa dan Fatehah


Adik nak belajar berenang...

Inilah barisan kita....

Habis sekerat hari kat kolam renang...menggigil....sejuk. Misi yg pertama dah selesai. Petang...agenda apa ya? Janji untuk beli hadiah untuk afiq sempena 5A UPSR belum tertunai lagi lagi nih...

Cuti Sekolah

Khamis, 25 Nov 2010, kami ke Sri Kembangan...hubby ada conference kat sana. Sambil2 tu boleh la bawa anak2 bercuti sempena cuti sekolah. Kami bertolak pukul 2 petang... mula2 langit cerah..lepas tu di pertengahan perjalanan hujan turun dengan lebatnya....lebuhraya utara selatan sesak....kereta merayap macam siput sedut...inilah yg aku tension...ingatkan ada accident, rupa2nya ada lori rosak, jalan dibuka sebelah je....cehhh.

Kami sampai ke Palace of The Golden Horses dalam pukul 8 malam....masing2 dah penat dan mengantuk... tapi sempat lagi posing...

adik... hari ni teringin nak bertudung

adik dan along

Along

Sebelum tidur...sempat lagi aku snap gambar hotel ni...cantik kan pemandangan di waktu malam?

Palalce Of The Golden Horses ... malam.

Palace Of The Golden Horses ... pagi

Monday, November 22, 2010

Visit Kelantan

N3 kali ni aku nak berkongsi sedikit tentang negeri tanah tumpah darah ku .... kelate. Aku tertanya2 juga,  pasal apa orang kata 'tanah tumpah darahku'.... Masa dilahirkan tu ibu kita yg tumpah darah...kita tak ada apa2 pun kan? patutnya tanah tumpah darah ibuku la kan... he..he..

Ni tempat tunggu bas... kota bharu come sokmo.... maksudnya kota bharu sentiasa cantik

Setiap kali balik kampung, mesti aku tak lepaskan peluang ke Kota Bharu. Antara tempat yang aku suka pergi adalah Pasar Besar Siti Khadijah, Bazar Buluh Kubu dan sekali sekala 'melawat kedai emas'... baca  betul2 ayat tu ya .... 'melawat'  .

Orang kata cara bijak untuk meneliti kehidupan di sebuah bandar di Malaysia ialah dengan melawat pasar tempatannya yang menjadi nadi kehidupan setiap bandar. Pasar Siti Khadijah dinamakan sempena isteri pertama Nabi Muhammad yang merupakan seorang ahli perniagaan. Nama yang sesuai untuk sebuah pasar yang mana penjaja di dalamnya kebanyakannya terdiri dari kaum wanita. Kalau nak tau wanita2 Kelantan ni memang rajin...
Terdapat sesuatu untuk semua orang yang berkunjung ke pasar ini dari hasil tanaman segar hingga kraftangan dan kuih-muih tradisional. Ianya juga menggambarkan budaya dan cara hidup di Kelantan yang penuh dengan warna, bau dan bunyi yang unik milik penduduk di situ.  Jadi sesiapa yg melawat kelantan, jgn lupa abadikan kenangan di sini...kalau nak ambik gambar dgn peniaga2 yg cantik jelita tu pun boleh...pastikan minta kebenaran dulu ya.


Pandangan dari atas... tingkat bawah adalah tempat jualan barangan basah ,sayuran dan beras.

Kat tingkat bawah ni kebanyakan peniaga  terdiri dari wanita...kebanyakannya dah berumur ya...

 Tingkat 2 ... tempat jualan kain batik, kain ela, baju2 dan macam2 lagilah. Kat tingkat 1, jualan pelbagai jenis makanan, keropok dan macam2 lagilah.Gambar tak ada ya...

Dataran Kota Bharu... kalau nak ke pasar Siti Khadijah dan Bazar buluh Kubu, boleh letak kereta kat sini...jalan kaki pun dah tak jauh. Tapi kalau pergi masa cuti perayaan atau cuti umum.... kota bharu menjadi teramat la sesaknya. nak letak kereta pun susah.


Ini Bazar Buluh Kubu... kedudukannya kat sebelah pasar siti khadijah. aku suka beli kain batik kat sini, memang cantik2, tapi harganya lebih mahal berbanding kat pasar siti khadijah. Tapi bagi aku, kain batik kat bazar ni lebih kualiti dan designnya pun ekslusif... sebab tu mahal sikit. Alah membeli menang memakai kan...

Pemandangan dalam Bazar buluh Kubu... kalau nak pilih kain pun rasa lebih selesa sebab kawasan luas berbanding Pasar Siti Khadijah yang sesak dan sempit.... lebih2 lagi kalau orang ramai... sesak nafas dibuatnya.
Ini pulak gambar kedai emas yg aku suka melawat..... Wan Hussin Wan Mohamad.  Kedai Wan Hussin berlambak kat Kota Bharu....byk cawangan kat seluruh kelantan...dah kaya pun dia.

Satu lagi tempat yg patut dilawati adalah Pekan Rantau Panjang. Rantau Panjang merupakan sebuah pekan yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan. Ia berada 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok, Thailand. Ia terkenal dengan pelbagai barangan jualan dan cenderahati.

The Zon - kedai bebas cukai
Pasar Rantau Panjang ... macam2 ada. 

Pasar Rantau Panjang ... emas sadur byk kat sini

 Satu tempat lagi yg patut dilawati.... pasar Wakaf Che Yeh... macam2 ada dan murah2.  Tempat ni berbeza dgn Wakaf Cik Yan ya.... wakaf cik yan cuma ada kat KMK je.... ahaks. Jgn marah ya Ummi.

Sunday, November 21, 2010

Ibadah Qurban Di Aidil Adha

Aidil Adha 17 Nov 2010

Salah satu ibadat yang sangat dianjurkan kita melaksanakannya di Hari Raya Adha ini ialah berkorban sebab itu Aidil-Adha lebih tepat kita sebut Hari Raya Korban. Iaitu menyembelih haiwan seperti kambing, lembu, kerbau atau unta, seekor kambing untuk seorang, seekor lembu atau kerbau atau unta untuk tujuh orang. Penyembelihan Korban dilakukan setelah selesai solat Aidil-Adha dan masih dapat dilakukan pada hari-hari Tasyrik iaitu 11,12, 13 Zulhijjah.

Hadith dari Aisyah Radiallahu-Anha yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Termizi dan Al-Imam Al-Hakim, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:

Tidak melakukan seorang anak Adam sesuatu amalan pada hari raya Adha yang lebih disukai oleh Allah Taala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darahnya jatuh di sisi Allah pada satu tempat kemuliaan lebih dahulu dari jatuh kebumi. Maka berkiralah diri kamu dengan korban.

Lembu...yg bakal di qurbankan


Adik dan sepupunya Najwa....menunggu untuk melihat ibadah qurban dilaksanakan.

Aku dan adik .... si bongsu yang banyak bertanya.

Kata adik... ' Mama cakap la kat pakcik tu ...jgn sembelih lembu tu.. kesian kat dia. ...Aku kata kat dia, memang la kena sembelih dulu, baru boleh makan. Adik kata, 'kalau macam tu kita tak payahlah makan lembu....kita makan la benda lain. ...kita makan sayur je lah. Aku kata kat dia...sayur pun hidup jugak... bila kita potong dia, dia pun mati. adik tak kesian ke? dia termenung panjang.....
Aku ceritakan pada dia kebaikan dan pahala qurban, ... dia melopong... aku pasti dia tak paham.


Hubby ... urusan jual beli sebelum sembelihan di lakukan




aktiviti melapah

Sepakat ... membawa berkat. Team work.


anak dan ayah.... tekun memotong daging..

Korban disyariatkan dalam Islam pada tahun kedua hijrah. Ianya mempunyai tujuan tertentu bagi mengingati pengorbanan teragong Nabi Ibrahim Alaihissalam terhadap satu-satu puteranya Nabi Ismail Alaihissalam, baginda bermimpi, bahawa Allah Subhanahu Wataala memerintahkannya untuk menyembelih puteranya Ismail, yang pada waktu itu sudah berusia 13 tahun dan telah dapat membantu dalam pekerjaan dan perjuangan.

Sebagai manusia biasa, alangkah beratnya bagi Nabi Ibrahim Alaihissalam untuk mengorbankan jiwa belahan hatinya sendiri, lebih-lebih lagi, setelah berusia lebih daripada 60 tahun, barulah baginda mendapat seorang anak laki-laki, hasil perkahwinan dengan Siti Hajar.

Nabi Ibrahim menyampaikan kepada puteranya, Ismail mengenai mimpinya itu, seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran:-

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ash-Shaaffat, ayat 102:-

Tafsirnya:
Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku, bahawa aku (diperintahkan) untuk menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu.

Sebagai seorang putera yang menumpukan ketaatan kepada Allah Taala, maka Nabi Ismail memberikan jawapan yang tidak bergoncang.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ash-Shaaffat, ayat 102:-

Tafsirnya:
Wahai ayahku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepada Mu, insya-Allah, ayah akan mendapati (menyaksikan sendiri) daku dari orang-orang yang sabar.

Dalam suasana yang mengharukan yang diliputi oleh semangat iman, Nabi Ismail meminta supaya ayahnya melaksanakan perintah Ilahi iaitu menyembelih lehernya. Nabi Ibrahim mencium kening puteranya itu, diletakkan di atas pangkuannya, kemudian pisau yang tajam itu mulailah menyembelih di atas leher anak yang tabah itu.

Pada saat yang mengharukan itu Allah Taala menunjukkan kekuasaannya, melakukan apa yang dikehendakinya. Putera yang disembelih pada waktu itu bukanlah Nabi Ismail, tetapi seekor kibasy (kambing biri-biri) yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Dengan demikian, Nabi Ismail Alaihissalam terlepas dari ragutan maut.

Sejak waktu itulah Nabi Ibrahim melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan secara tertib dan teratur. Kemudian Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam meneruskan ibadat korban menjadi satu amalan Islam yang kita laksanakan setiap hari raya Adha atau hari-hari Tasyrik dalam Al-Quran Al-Karim Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam surah Al-Kautsar, ayat 1 - 2:-

Tasfirnya:
Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu sembahyanglah kerana Tuhan-Mu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur).

Thursday, November 18, 2010

On The Way Back - Klate

Aidil Adha datang lagi..seperti kebiasaan bagi setiap tahun, kami sekeluarga akan balik kampung di kelantan untuk merayakannya bersama keluarga. Selasa, 16 Nov 2010 jam 3 petang kami berangkat balik. Dalam 10 minit perjalanan, aku lihat langit mula mendung...awan hitam pekat...gerun aku tengok. Risau juga aku kalau2 hujan turun mengiringi perjalanan kami.


Sangkaan aku tepat, semasa kami sampai ke pekan Jeniang, hujan turun dengan lebat...aku dah kecut perut..maklumlah, kedah baru je lepas di landa banjir, manalah tau air naik mendadak. Lagipun ada berita yg menyatakan akan ada gelombang kedua, hujan dan ribut dijangka melanda kedah bermula 15 Nov. 


Di sesetengah tempat yg agak rendah...air mula melimpah ke jalan, apalagi meredah air la kami. Anak2 bukan main seronok bila setiap kali air memercik tinggi bila dirempuh oleh kereta....yeyyyy masing2 bersorak....ish tak tau ke aku dan suami dah mula risau.




Hujan mula reda bila kami dah mula memasuki Jalanraya Timur-Barat. Aku mula menjalankan tugas secara tak rasmi sebagai jurufoto...habis segala gambar pokok, jalan...aku snap. Anak2 tanya...mama pasal apa gambar jalan pun nak ambik? Aku kata, sebab mama ni kan org seni...gambar jalan pun boleh jadi seni yg indah...ahak...Sebenarnya aku bosan...jadi snap lah apa2 pemandangan yg ada...kalau tak ada aktiviti mesti aku akan terlena.... Di traffic light, tiba2 hubby kata ' ee cantiknya.... traffic light'....aku tau dia sindir aku la tu...maklum aku ni kan org seni...hish. Tak pa... nanti bila aku dah pro snap gambar....gambar traffic light pun boleh jadi cantik tau....


Ini gambar restoran mamak yg selalu kami singgah dalam perjalanan balik.... rasa2nya dapat tak capati @ nan tandoori free lepas ni, maklumlah kan...aku dah tolong buat promosi nih...he...he



Kereta byk juga pada hari tu... nasib baik juga, hubby tak boleh pecut sangat. Tapi bila time macam ni, dia sibuk la pulak nak memotong....kecut perut aku.



Pemandangan biasa di jalan raya..musim perayaan, accident. inilah akibatnya bila masing2 nak cepat...tak sabar.


Aktiviti biasa anak2ku sepanjang perjalanan....tidur...zzzzz


Adik bersama bibik ratna.

Afiq....di lamun mimpi

Tasik Banding...di perak. Ada resort kat sini. Kalau berminat...kita akan dibawa melawat menyusuri tasik dan melawat kampung orang asli.


Di sepanjang Jalanraya Timur Barat ni ada beberapa kawasan laluan gajah liar...kalau 'bernasib baik' kita akan dapat lihat gajah2 tu kat tepi jalan., selalunya waktu senja dan malam.  Aku dah ada beberapa pengalaman terserempak dengan gajah...salah satunya memang pengalaman yang tak dapat aku lupakan.Kali pertama terserempak memang kami tak tau nak buat apa....waktu malam pulak tu. Dari jauh kami dah nampak seekor gajah ni kat tepi jalan...merenung ke arah kereta kami. Gelabah juga...tapi kami terus pandu  menuju ke arah gajah tersebut, dgn harapan tak jadi apa2. Sampai saja kereta kami kat tepi gajah tu...dia terus angkat belalainya dan dihayunkan ke arah kereta kami, tapi kami amat bernasib sebab tak kena...cuma beberapa cm saja lagi. Aku tak dapat nak  bayangkan kalaulah libasannya tepat... Sejak itu, aku memang fobia bila lalu kat kawasan gajah melintas...Ada yg kata jika nampak gajah jangan nyalakan lampu dan bunyikan hon ... kalau tidak dia akan serang. Seboleh2nya...aku tak suka jalan di kawasan tersebut waktu malam.


Kami sampai ke kelantan , hari dah gelap... jadi tak byk gambar yg dapat di snap.... .


Ini kawasan beli belah Bukit Bunga, Tanah Merah...byk barang murah kat sini. Kalau musim cuti raya atau cuti sekolah, ramai yg suka singgah kat sini....beli cenderamata ...boleh jadi sesak jalan sampai beberapa kilometer.


Gambar dah kelam sebab hari dah malam. Kalau siang hari mesti kita dapat tengok kedai berderet...kereta bersesak. Memandangkan hari dah gelap gelita...gambar pun dah tak banyak yg dapat di snap....so camera off...zzzzzzzz

Tuesday, November 16, 2010

Kelebihan Berqurban



Fadhilat dan Kelebihan Berqurban

1. Keampunan.-
Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.
‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
(Hadis riwayat al-Hakim)

2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan.

Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

3. Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala.

‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)

4. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.

Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.
“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan.” (al-Hajj : 36-37)

Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.(HR Ahmad dan Ibnu Majah)