Jumaat, pukul 4 petang..., kami bertolak ke KLCC...misi kali ni nak beli hadiah untuk Afiq. Sambil2 nak cari kasut untuk mama... ahaks. Jalan tak sesak sangat...jadi perjalanan kami laju je. Sampai di KLCC, tempat tujuan yg pertama mestilah ke kedai buku... Kinokuniya. Kalau boleh ke kedai buku, semuanya senyum sampai ke telinga... tapi bila masuk kedai kasut ke, baju ke...masing2 monyok dan buat2 muka letih....ish tak aci betul la...
anak2 sedang memilih buku masing2.
Adik mesti pilih buku pasal fairy tales
Afiq .... suka buku2 macam narnia dan harry potter
Tasya... macam biasa tak tau nak pilih buku apa...tapi dia suka buku2 pasal princess...maklum la nak jadi princess
Hasil pencarian hari tu.... Afiq...The Candy Makers & Narnia. Adik..Magical Moments, Along...Clover Twigs dan Tasya... Diary of Wimpy Kid..itu aku yg pilih utk dia sebab sampai ke sudah dia tak tau nak pilih buku mana. lagipun aku rasa buku tu bagus...bahasanya simple je. tapi si tasya ni tak suka...mukanya masam je...sebabnya dia kata dia bukannya wimpy kid...he...he. ..apalah mama ni.
Akhirnya...PSP untuk Afiq....tapi kami dah buat perjanjian, semua orang boleh main....afiq cuma jadi ketua je. Kalau nak beli sorang satu....muflis la mama.
Misi yg kedua dah selesai.....Afiq senyum meleret sebab dah dapat hajat dihati.Tasya masih merajuk...tak nak bergambar... ni mesti kes 'Wimpy Kid' la ni.... Kasut mama...tak jadi beli sebab dah tak larat nak jalan mencari ...letih weh.
Jam 8 malam kami bertolak balik ke hotel. GPS pulak buat hal.... dia buat pening la pulak. dua tiga kali pusing tempat yg salah...pusing merata masuk ke taman2 perumahan...akhirnya tiba tempat yg sama jugak...salah pulak tu. Akhirnya kami guna mata sendiri...tengok signboard...barulah jumpa. Itulah org kata...kadang2 teknologi ni pun menyusahkan juga...tak boleh diharap. dah la penat...main pusing2 keliling pulak.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete