Sangkaan aku tepat, semasa kami sampai ke pekan Jeniang, hujan turun dengan lebat...aku dah kecut perut..maklumlah, kedah baru je lepas di landa banjir, manalah tau air naik mendadak. Lagipun ada berita yg menyatakan akan ada gelombang kedua, hujan dan ribut dijangka melanda kedah bermula 15 Nov.
Di sesetengah tempat yg agak rendah...air mula melimpah ke jalan, apalagi meredah air la kami. Anak2 bukan main seronok bila setiap kali air memercik tinggi bila dirempuh oleh kereta....yeyyyy masing2 bersorak....ish tak tau ke aku dan suami dah mula risau.
Hujan mula reda bila kami dah mula memasuki Jalanraya Timur-Barat. Aku mula menjalankan tugas secara tak rasmi sebagai jurufoto...habis segala gambar pokok, jalan...aku snap. Anak2 tanya...mama pasal apa gambar jalan pun nak ambik? Aku kata, sebab mama ni kan org seni...gambar jalan pun boleh jadi seni yg indah...ahak...Sebenarnya aku bosan...jadi snap lah apa2 pemandangan yg ada...kalau tak ada aktiviti mesti aku akan terlena.... Di traffic light, tiba2 hubby kata ' ee cantiknya.... traffic light'....aku tau dia sindir aku la tu...maklum aku ni kan org seni...hish. Tak pa... nanti bila aku dah pro snap gambar....gambar traffic light pun boleh jadi cantik tau....
Ini gambar restoran mamak yg selalu kami singgah dalam perjalanan balik.... rasa2nya dapat tak capati @ nan tandoori free lepas ni, maklumlah kan...aku dah tolong buat promosi nih...he...he
Kereta byk juga pada hari tu... nasib baik juga, hubby tak boleh pecut sangat. Tapi bila time macam ni, dia sibuk la pulak nak memotong....kecut perut aku.
Pemandangan biasa di jalan raya..musim perayaan, accident. inilah akibatnya bila masing2 nak cepat...tak sabar.
Aktiviti biasa anak2ku sepanjang perjalanan....tidur...zzzzz
Adik bersama bibik ratna.
Afiq....di lamun mimpi
Tasik Banding...di perak. Ada resort kat sini. Kalau berminat...kita akan dibawa melawat menyusuri tasik dan melawat kampung orang asli.
Di sepanjang Jalanraya Timur Barat ni ada beberapa kawasan laluan gajah liar...kalau 'bernasib baik' kita akan dapat lihat gajah2 tu kat tepi jalan., selalunya waktu senja dan malam. Aku dah ada beberapa pengalaman terserempak dengan gajah...salah satunya memang pengalaman yang tak dapat aku lupakan.Kali pertama terserempak memang kami tak tau nak buat apa....waktu malam pulak tu. Dari jauh kami dah nampak seekor gajah ni kat tepi jalan...merenung ke arah kereta kami. Gelabah juga...tapi kami terus pandu menuju ke arah gajah tersebut, dgn harapan tak jadi apa2. Sampai saja kereta kami kat tepi gajah tu...dia terus angkat belalainya dan dihayunkan ke arah kereta kami, tapi kami amat bernasib sebab tak kena...cuma beberapa cm saja lagi. Aku tak dapat nak bayangkan kalaulah libasannya tepat... Sejak itu, aku memang fobia bila lalu kat kawasan gajah melintas...Ada yg kata jika nampak gajah jangan nyalakan lampu dan bunyikan hon ... kalau tidak dia akan serang. Seboleh2nya...aku tak suka jalan di kawasan tersebut waktu malam.
Kami sampai ke kelantan , hari dah gelap... jadi tak byk gambar yg dapat di snap.... .
Ini kawasan beli belah Bukit Bunga, Tanah Merah...byk barang murah kat sini. Kalau musim cuti raya atau cuti sekolah, ramai yg suka singgah kat sini....beli cenderamata ...boleh jadi sesak jalan sampai beberapa kilometer.
Gambar dah kelam sebab hari dah malam. Kalau siang hari mesti kita dapat tengok kedai berderet...kereta bersesak. Memandangkan hari dah gelap gelita...gambar pun dah tak banyak yg dapat di snap....so camera off...zzzzzzzz
No comments:
Post a Comment