Salah satu ibadat yang sangat dianjurkan kita melaksanakannya di Hari Raya Adha ini ialah berkorban sebab itu Aidil-Adha lebih tepat kita sebut Hari Raya Korban. Iaitu menyembelih haiwan seperti kambing, lembu, kerbau atau unta, seekor kambing untuk seorang, seekor lembu atau kerbau atau unta untuk tujuh orang. Penyembelihan Korban dilakukan setelah selesai solat Aidil-Adha dan masih dapat dilakukan pada hari-hari Tasyrik iaitu 11,12, 13 Zulhijjah.
Hadith dari Aisyah Radiallahu-Anha yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Termizi dan Al-Imam Al-Hakim, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:
Tidak melakukan seorang anak Adam sesuatu amalan pada hari raya Adha yang lebih disukai oleh Allah Taala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darahnya jatuh di sisi Allah pada satu tempat kemuliaan lebih dahulu dari jatuh kebumi. Maka berkiralah diri kamu dengan korban.
Lembu...yg bakal di qurbankan
Adik dan sepupunya Najwa....menunggu untuk melihat ibadah qurban dilaksanakan.
Aku dan adik .... si bongsu yang banyak bertanya.
Kata adik... ' Mama cakap la kat pakcik tu ...jgn sembelih lembu tu.. kesian kat dia. ...Aku kata kat dia, memang la kena sembelih dulu, baru boleh makan. Adik kata, 'kalau macam tu kita tak payahlah makan lembu....kita makan la benda lain. ...kita makan sayur je lah. Aku kata kat dia...sayur pun hidup jugak... bila kita potong dia, dia pun mati. adik tak kesian ke? dia termenung panjang.....
Aku ceritakan pada dia kebaikan dan pahala qurban, ... dia melopong... aku pasti dia tak paham.
Hubby ... urusan jual beli sebelum sembelihan di lakukan
aktiviti melapah
Sepakat ... membawa berkat. Team work.
anak dan ayah.... tekun memotong daging..
Korban disyariatkan dalam Islam pada tahun kedua hijrah. Ianya mempunyai tujuan tertentu bagi mengingati pengorbanan teragong Nabi Ibrahim Alaihissalam terhadap satu-satu puteranya Nabi Ismail Alaihissalam, baginda bermimpi, bahawa Allah Subhanahu Wataala memerintahkannya untuk menyembelih puteranya Ismail, yang pada waktu itu sudah berusia 13 tahun dan telah dapat membantu dalam pekerjaan dan perjuangan.
Sebagai manusia biasa, alangkah beratnya bagi Nabi Ibrahim Alaihissalam untuk mengorbankan jiwa belahan hatinya sendiri, lebih-lebih lagi, setelah berusia lebih daripada 60 tahun, barulah baginda mendapat seorang anak laki-laki, hasil perkahwinan dengan Siti Hajar.
Nabi Ibrahim menyampaikan kepada puteranya, Ismail mengenai mimpinya itu, seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran:-
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ash-Shaaffat, ayat 102:-
Tafsirnya:
Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku, bahawa aku (diperintahkan) untuk menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu.
Sebagai seorang putera yang menumpukan ketaatan kepada Allah Taala, maka Nabi Ismail memberikan jawapan yang tidak bergoncang.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ash-Shaaffat, ayat 102:-
Tafsirnya:
Wahai ayahku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepada Mu, insya-Allah, ayah akan mendapati (menyaksikan sendiri) daku dari orang-orang yang sabar.
Dalam suasana yang mengharukan yang diliputi oleh semangat iman, Nabi Ismail meminta supaya ayahnya melaksanakan perintah Ilahi iaitu menyembelih lehernya. Nabi Ibrahim mencium kening puteranya itu, diletakkan di atas pangkuannya, kemudian pisau yang tajam itu mulailah menyembelih di atas leher anak yang tabah itu.
Pada saat yang mengharukan itu Allah Taala menunjukkan kekuasaannya, melakukan apa yang dikehendakinya. Putera yang disembelih pada waktu itu bukanlah Nabi Ismail, tetapi seekor kibasy (kambing biri-biri) yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Dengan demikian, Nabi Ismail Alaihissalam terlepas dari ragutan maut.
Sejak waktu itulah Nabi Ibrahim melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan secara tertib dan teratur. Kemudian Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam meneruskan ibadat korban menjadi satu amalan Islam yang kita laksanakan setiap hari raya Adha atau hari-hari Tasyrik dalam Al-Quran Al-Karim Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam surah Al-Kautsar, ayat 1 - 2:-
Tasfirnya:
Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu sembahyanglah kerana Tuhan-Mu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur).
No comments:
Post a Comment