Pages

Saturday, January 29, 2011

Kuta Beach @ Bali


Destinasi terakhir sebelum berangkat balik ke Malaysia ialah Kuta Beach yg terkenal di Bali.


cantik...

bergambar di kuta beach...


Bersama pak yanto..kesian kat dia terpaksa melayan kami walaupun sibuk...handphone tak berhenti berdering...ada2 saja pertanyaan dari staff nya kat pejabat. Tak reti buat kerja kalau boss tak ada. Dia kata dia dah pesan jgn call dia sampai pukul 12 tengahari sebab dia sibuk nak entertain kami...tapi masih jugak pekerja2 tu tak faham2....selang 5 minit telefon berdering. Walau macamana pun terima kasih banyak2 kerana telah sudi menemani sepanjang kami berada di Bali.


 Hard Rock Hotel ... di depan kuta beach. Lain kali boleh dok kat sini...dekat dgn kawasan shopping dan pantai.

Hard Rock Cafe di Kuta Beach...


Siap bergambar... kami berangkat ke airport @ Bandara Ngurah Rai untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur jam 1.55 petang.


Sunset @ Uluwatu Bali

Selepas ke padang-padang beach kami Pura Luhur Uluwatu. Kat sini kawasan pelancong melihat sunset dari atas gunung di tepi laut. Kalau nak masuk ke kawasan ni tak boleh pakai seluar pendek. Setiap pengunjung yg memakai seluar pendek akan dibekalkan dengan kain...kena tutup. kalau yg dah bertutup, akan diberi kain panjang untuk diikat kat pinggang. Perempuan yg tengah haid pun tak dibenarkan masuk dalam kawasan pura ni.

Pemandangan kat sini pun cantik sangat


Monyet2 banyak berkeliaran kat sini...setiap pengunjung perlu berhati-hati masa berada di kawasan ni sebab monyet2nya gila aksesori. Dia akan rampas gelang, subang, kacamata dan apa saja yg menarik perhatian dia...ish monyet pun pandai melawa ya.


Monyet yg cuba rampas handbag aku...bila tak dapat dia siap posing lagi kat atas batu tu...bergaya ala-ala model gitu. Kat Uluwatu ni juga ada disajikan dengan kecak dance dan fire dance.


Kami tunggu agak lama untuk melihat sunset...tapi tak muncul2. Mungkin malu agaknya...lagipun hari mendung dan hujan gerimis...manalah ada sunset. Jadi aku kidnap gambar dari internet untuk tunjukkan betapa cantiknya sunset kat uluwatu.
 

Sunset...yg malu untuk menunjukkan diri...


Sunset di Uluwatu...gambar yg aku kidnap dari internet


Shopping/Pantai @ Bali

Hari ke dua di Bali...cadangannya Pak Yanto dan Pak Joko mau bawa kami ke kawasan pergunungan Kintamani. Katanya jaraknya dalam 2 jam perjalanan...ish jauh tu. Jadi aku buat keputusan untuk tidak memasukkan tempat tu dalam agenda...buat penat je pergi jauh2...yg ada pun cuma gunung2 dan Pura. Nanti lah pergi lain kali...bila kami berpeluang ke Bali lagi. Jadi aku cadangkan...kami pergi shopping je...Jadi mereka bawa aku ke beberapa tempat antaranya Krishna dan Earlanga. Dua tempat ni banyak jual oleh2 khas bali..macam t-shirt bali, barang2 kraftangan, lukisan dan kain2 batik bali. aku cuma beli t-shirt kat sini...bagi aku tak ada yg menarik, tak macam Bandung...sampai tak cukup wang rupiahnya. Kat Earlanga aku beli lukisan, lebih senang sebab dia dah letak harga...tak perlu tawar2 lagi. Kain2 kebaya kat sini kebanyakannya diambil dari kawasan lain...seperti bandung dan bukit tinggi, jadi harganya lebih mahal. Aku cuma beli dua helai kebaya bali ready made...sebab yg tu tak ada kat bandung..aku agak la...


Di depan pintu masuk krishna... macam biasa patung menjadi penyeri kawasan..

Selepas itu, kami di bawa ke kawasan Kuta. Kat sini banyak kedai2 berderet kat tepi jalan...kedai kecik2 ala2 butik. Kalau nak shopping kat sini lah tempatnya....tapi agak mahal. Lukisan2 kat sini pun 2 kali ganda mahal berbanding kat earlanga...kena pandai tawar menawar.  Kat sini banyak disediakan motor2 untuk disewa sebab kawasan kuta ni luas...kalau nak jalan penat la jugak.




Didepan tugu peringatan pengeboman bali...senarai nama yang mati dalam peristiwa tu di abadikan di situ...berderet-deret.

Kat kawasan kuta ni arak dijual merata tempat...dipinggir2 jalan je. Ramai mat saleh dok minum...sepanjang jalan. Lepas tu kami di bawa pula melawat tempat Patung Dewa Krisnha...punyalah besar patung tu. Gayat aku tengok. Patung tu diukir dengan begitu halus sekali...memang orang2 bali terkenal dengan kepandaian mengukir. Kat situ juga ada pertunjukan tarian Kecak iaitu tarian tradisi rakyat bali.  


Kecak Dance

 Selepas ke Tempat Dewa Krishna...kami ke Uluwatu. Tujuan yg pertama ke Padang-padang beach. Tempat ni cantik sangat. Kita terpaksa menuruni bukit untuk sampai ke pantai.


Pemandangan padang-padang beach dari atas. Kita terpaksa menuruni bukit dengan menggunakan tangga yang dibina dicelah2 deretan rumah. Jgn terkejut...walaupun kedai2 yg ada sepanjang laluan turun ke bawah ni boleh dikira kedai2 kecik dan buruk...arak tetap dijual disitu...ramai yg bersantai menikmati keindahan pemandangan kat situ sambil minum-minum.



Batu-batu kat sini cantik sangat




Kat sini banyak batu-batu karang kat dalam air. Jadi kalau nak mandi kena berhati-hati...kena pilih tempat yg sesuai. Ramai yg mandi manda kat sini...airnya cetek je...jernih pulak tu.

Makan2 @ Bali

Selepas ke Tanah Lot...hari dah hampir malam. Jadi kami rancang pergi makan malam di Jimbaran...tempat makanan seafood tepi pantai. Kalau kat sini ala-ala Kuala Perlis la...tapi kat Jimbaran ni makan kat tepi pantai...meja2 disusun atas pasir tepi pantai. siap ada orang nyanyi2 lagi. Perjalanan dari Tanah Lot ke Jimbaran tak lah jauh sangat, tapi memandangkan jalan tersangatlah macet (sesak), sampai sejam kami kat dalam kereta.


Macet.....

Disepanjang jalan...penuh dgn kuil kecil...dan bekas2 pemujaan hindu. Ada dimerata-rata tempat....


Kami sampai di Jimbaran ketika hari dah gelap...nak snap gambar pun dah tak minat...kelam je. Kat sini kami order ikan bakar, udang  dan sotong. Makanannya aku rasa kat Kuala Perlis lagi sedap. ...agak mahal pulak tu.

Bersama adik pelayan kedai tu...cantik kan? Masa tu dia mintak aku isi borang soalselidik pasal kedai dia ni...aku bantai je semua very good...senang cerita.

Makan2 kat tepi pantai...

Kat Bali ni kalau nak makan agak susah...nak kena cari kedai yg tulis perkataan Halal atau kedai muslim. Kebanyakan kedai makan tak halal sebab orang hindu yg jual...walaupun muka macam muslim. Kat hotel pun aku breakfast dgn cereal, telur rebus dan roti je. Nak ambik makanan lain, was-was sebab aku tengok menunya pun siap ada pork lagi. Kalau nak minta telur dadar pun takut sebab dia orang guna kuali yg sama untuk masak semua jenis telur2 tu. Jadi selama 3 hari di Bali, breakfast kami ala2 mat saleh gitu....perut berkeroncong nak tunggu tengah hari.

Kat Bali ni, kedai yg jual Babi Guling berlambak2 kat tepi2 jalan...ala2 ayam golek la kalau kat malaysia. Dan salah satu kedai tu punyalah terkejut aku tengok.....dia tulis Kedai Babi Guling Muslim. Apa sudah jadi? Kalau muslim yg jual, adakah babi tadi halal untuk di makan...? Ish entah apa2 la depa ni.


Senang cerita....bagi aku kalau nak makan makanan halal kat Bali ni memang agak susah...walaupun dia kata muslim. Ada ke patut babi guling muslim....Jadi kalau nak ke Bali carilah pemandu pelancong @ supir muslim...mungkin agak selamat sebab dia lebih tau kedai mana yg betul2 halal. Mengikut kata pak Yanto, kalau masakan padang, kebanyakannya muslim...

Lepas makan, kami balik ke hotel....badan dah terlalu letih. Pagi tu aku sempat snap gambar matahari terbit dari bilik hotel...cantik la kan? Kat Bali ni matahari terbit pukul 6.30 pagi.





Tanah Lot @ Bali


Tempat tujuan kami seterusnya adalah ke Tanah Lot (Pura Tanah Lot). Pura ini didirikan pada abad ke XV Masehi oleh Pedanda Bawu Rawuh atau Danghyang Nirartha yang berasal dari Kerajaan Majapahit. Pura Tanah Lot terletak di laut atau terpisah dari daratan dan di sekitar pura ini terdapat pula beberapa pura kecil dan besar antara lain Pura Pekendungan. Di bawah dan di sebelah barat terdapat sumber air tawar yang merupakan air suci bagi Umat Hindu. Pura Tanah Lot terletak di Desa Beraban Kecamatan Kediri + 13 km dari kota Tabanan. Bila air laut surut para pengunjung dapat langsung sampai ke pelantaran pura untuk bersembahyang...bagi yg beragama hindu. Jika air laut pasang, maka pura ini akan kelihatan seperti sebuah perahu terapung di atas air.



Di bawah pura terdapat beberapa gua yang di dalamnya hidup beberapa ekor ular besar dan kecil berwarna hitam putih. Ular-ular ini sangat jinak dan tidak boleh diganggu. Kawasan gua ni dikenali sebagai Cave of The Holy Snake...kalau nak masuk tengok kena bayar.

Penjaga Cave Of The Holy Snake

Di Tanah Lot kita dapat menyaksikan timbulnya bulan purnama di malam hari dan tenggelamnya matahari di kaki langit, merupakan suatu pemandangan yang sangat indah.




Didepan pintu Pura Tanah Lot

Kat tanah lot ni ada gerai2 jualan untuk pengunjung...ada pakaian, lukisan, aksesori, patung2 dan macam2 lagilah. Tapi kata pak yanto kat sini barang2nya agak mahal...maklum kawasan tumpuan pelancong.


Di dalam salah satu kedai kat Tanah Lot

Dikawasan pelantaran Pura...masa ni air belum pasang lagi.



Berlatar belakangkan Pura Tanah Lot...kat tengah2 laut tu...tapi air belum pasang lagi la...


Kat sini pemandangannya cukup cantik...ombak tinggi2....jadi bila nak snap gambar, tunggu masa ada ombak...memercik gitu...

Kat tanah lot ni orang cukup ramai. kat sini selalu ada shooting filem. Masa kami kat sini pun ada satu sinetron tengah shooting...

Berlatar belakangkan pura....kat bali ni, dimana-mana pun wajib ada pura. Mereka cukup alim. Tapi aku jadi sedikit pelik, muka macam melayu, pakai kebaya berkain batik....tapi pergi kuil. Itulah Bali....pulau yang hampir 90% penduduknya beragama hindu....hindu yg alim.

Bedugul @ Bali

Ok sambung cerita Bali...selepas ke Monkey Park, kami di bawa pulak ke kawasan Bedugul, di daerah Tabanan. Bedugul ni merupakan kawasan tanah tinggi yg mempunyai pemandangan yg cukup cantik...sejuk dan nyaman pulak tu...tambah2 masa kami sampai hujan renyai2. Kat Bedugul ni ada danau yg dikenali sebagai Danau Beratan...kat tengah2 tasik tu ada Kuil@ Pura yg dikenali sebagai Pura Ulun Danu..satu kemestian di tempat2 pelancongan di Bali. Pura Ulun Danu merupakan tempat pemujaan kepada Sang Hyang Dewi Danu yang dianggap sebagai pemberi kesuburan.Kalau suka naik sampan, kat sini disediakan sampan yg pelbagai bentuk...khusus untuk disewa.

Jarak Bedugul ni lebih kurang 70 km dari kawasan Kuta/ Airport Ngurah Rai. Bangunan yang terdapat di kawasan Bedugul ini merupakan bangunan lama dan terbilang kuno, tapi  keadaan fizikalnya masih bersih dan dijaga dengan rapi.



Pura Ulu Danu di tengah Danau Beratan

Berlatar belakangkan Pura Ulu Danu


Bersama Pak Yanto - tourist guide kami. Aku cukup suka lanskap kat sini. Pokok tu ditanam berbaris...jadi macam laluan. Pokoknya macam pokok ru tapi daun dia kuncup je....

pokok bunga loceng @ kat sini dia panggil bunga teropong... cantik sangat, bunga dia besar2.

 Kat taman di danau beratan...banyak pokok bunga yang cantik2, aku suka

 Kat taman ni pun  penuh dgn patung2... ada satu patung ni unik la juga...tengok tu singa dok tertonggeng. Gambar ni dalam kategori 18SG ya...