Pages

Saturday, January 29, 2011

Sunset @ Uluwatu Bali

Selepas ke padang-padang beach kami Pura Luhur Uluwatu. Kat sini kawasan pelancong melihat sunset dari atas gunung di tepi laut. Kalau nak masuk ke kawasan ni tak boleh pakai seluar pendek. Setiap pengunjung yg memakai seluar pendek akan dibekalkan dengan kain...kena tutup. kalau yg dah bertutup, akan diberi kain panjang untuk diikat kat pinggang. Perempuan yg tengah haid pun tak dibenarkan masuk dalam kawasan pura ni.

Pemandangan kat sini pun cantik sangat


Monyet2 banyak berkeliaran kat sini...setiap pengunjung perlu berhati-hati masa berada di kawasan ni sebab monyet2nya gila aksesori. Dia akan rampas gelang, subang, kacamata dan apa saja yg menarik perhatian dia...ish monyet pun pandai melawa ya.


Monyet yg cuba rampas handbag aku...bila tak dapat dia siap posing lagi kat atas batu tu...bergaya ala-ala model gitu. Kat Uluwatu ni juga ada disajikan dengan kecak dance dan fire dance.


Kami tunggu agak lama untuk melihat sunset...tapi tak muncul2. Mungkin malu agaknya...lagipun hari mendung dan hujan gerimis...manalah ada sunset. Jadi aku kidnap gambar dari internet untuk tunjukkan betapa cantiknya sunset kat uluwatu.
 

Sunset...yg malu untuk menunjukkan diri...


Sunset di Uluwatu...gambar yg aku kidnap dari internet


No comments:

Post a Comment