Pages

Saturday, January 29, 2011

Shopping/Pantai @ Bali

Hari ke dua di Bali...cadangannya Pak Yanto dan Pak Joko mau bawa kami ke kawasan pergunungan Kintamani. Katanya jaraknya dalam 2 jam perjalanan...ish jauh tu. Jadi aku buat keputusan untuk tidak memasukkan tempat tu dalam agenda...buat penat je pergi jauh2...yg ada pun cuma gunung2 dan Pura. Nanti lah pergi lain kali...bila kami berpeluang ke Bali lagi. Jadi aku cadangkan...kami pergi shopping je...Jadi mereka bawa aku ke beberapa tempat antaranya Krishna dan Earlanga. Dua tempat ni banyak jual oleh2 khas bali..macam t-shirt bali, barang2 kraftangan, lukisan dan kain2 batik bali. aku cuma beli t-shirt kat sini...bagi aku tak ada yg menarik, tak macam Bandung...sampai tak cukup wang rupiahnya. Kat Earlanga aku beli lukisan, lebih senang sebab dia dah letak harga...tak perlu tawar2 lagi. Kain2 kebaya kat sini kebanyakannya diambil dari kawasan lain...seperti bandung dan bukit tinggi, jadi harganya lebih mahal. Aku cuma beli dua helai kebaya bali ready made...sebab yg tu tak ada kat bandung..aku agak la...


Di depan pintu masuk krishna... macam biasa patung menjadi penyeri kawasan..

Selepas itu, kami di bawa ke kawasan Kuta. Kat sini banyak kedai2 berderet kat tepi jalan...kedai kecik2 ala2 butik. Kalau nak shopping kat sini lah tempatnya....tapi agak mahal. Lukisan2 kat sini pun 2 kali ganda mahal berbanding kat earlanga...kena pandai tawar menawar.  Kat sini banyak disediakan motor2 untuk disewa sebab kawasan kuta ni luas...kalau nak jalan penat la jugak.




Didepan tugu peringatan pengeboman bali...senarai nama yang mati dalam peristiwa tu di abadikan di situ...berderet-deret.

Kat kawasan kuta ni arak dijual merata tempat...dipinggir2 jalan je. Ramai mat saleh dok minum...sepanjang jalan. Lepas tu kami di bawa pula melawat tempat Patung Dewa Krisnha...punyalah besar patung tu. Gayat aku tengok. Patung tu diukir dengan begitu halus sekali...memang orang2 bali terkenal dengan kepandaian mengukir. Kat situ juga ada pertunjukan tarian Kecak iaitu tarian tradisi rakyat bali.  


Kecak Dance

 Selepas ke Tempat Dewa Krishna...kami ke Uluwatu. Tujuan yg pertama ke Padang-padang beach. Tempat ni cantik sangat. Kita terpaksa menuruni bukit untuk sampai ke pantai.


Pemandangan padang-padang beach dari atas. Kita terpaksa menuruni bukit dengan menggunakan tangga yang dibina dicelah2 deretan rumah. Jgn terkejut...walaupun kedai2 yg ada sepanjang laluan turun ke bawah ni boleh dikira kedai2 kecik dan buruk...arak tetap dijual disitu...ramai yg bersantai menikmati keindahan pemandangan kat situ sambil minum-minum.



Batu-batu kat sini cantik sangat




Kat sini banyak batu-batu karang kat dalam air. Jadi kalau nak mandi kena berhati-hati...kena pilih tempat yg sesuai. Ramai yg mandi manda kat sini...airnya cetek je...jernih pulak tu.

1 comment:

  1. salam kenal,

    padang2 beach,,,,, cantik,,, ok boleh masuk dlm itenary nih,,,,

    :) thanx for sharing

    ReplyDelete