Pages

Saturday, January 29, 2011

Bedugul @ Bali

Ok sambung cerita Bali...selepas ke Monkey Park, kami di bawa pulak ke kawasan Bedugul, di daerah Tabanan. Bedugul ni merupakan kawasan tanah tinggi yg mempunyai pemandangan yg cukup cantik...sejuk dan nyaman pulak tu...tambah2 masa kami sampai hujan renyai2. Kat Bedugul ni ada danau yg dikenali sebagai Danau Beratan...kat tengah2 tasik tu ada Kuil@ Pura yg dikenali sebagai Pura Ulun Danu..satu kemestian di tempat2 pelancongan di Bali. Pura Ulun Danu merupakan tempat pemujaan kepada Sang Hyang Dewi Danu yang dianggap sebagai pemberi kesuburan.Kalau suka naik sampan, kat sini disediakan sampan yg pelbagai bentuk...khusus untuk disewa.

Jarak Bedugul ni lebih kurang 70 km dari kawasan Kuta/ Airport Ngurah Rai. Bangunan yang terdapat di kawasan Bedugul ini merupakan bangunan lama dan terbilang kuno, tapi  keadaan fizikalnya masih bersih dan dijaga dengan rapi.



Pura Ulu Danu di tengah Danau Beratan

Berlatar belakangkan Pura Ulu Danu


Bersama Pak Yanto - tourist guide kami. Aku cukup suka lanskap kat sini. Pokok tu ditanam berbaris...jadi macam laluan. Pokoknya macam pokok ru tapi daun dia kuncup je....

pokok bunga loceng @ kat sini dia panggil bunga teropong... cantik sangat, bunga dia besar2.

 Kat taman di danau beratan...banyak pokok bunga yang cantik2, aku suka

 Kat taman ni pun  penuh dgn patung2... ada satu patung ni unik la juga...tengok tu singa dok tertonggeng. Gambar ni dalam kategori 18SG ya...

No comments:

Post a Comment