Pages

Friday, January 28, 2011

15th Anniversary @ Bali


21 Jan 2011, aku dan suami bertolak ke Bali, Indonesia dengan flight Air Asia jam 4.30 petang.Kami sampai ke Bali pada jam 7.30 petang...penerbangan mengambil masa 2 jam 55 minit. Ini merupakan lawatan pertama ke Bali. Sesampainya kami di Airport @ Bandara  (panggilan org indon untuk airport), kami disambut oleh supir yg disediakan oleh pihak hotel... kat bali ni kami menginap di Grand Mirage Resort, Tanjong Benoa...kawasan Nusa Dua. Kat bawah ni biliknya...cantik la jugak kan? Kat kawasan ni ramai pelancong mat saleh...kebanyakannya datang untuk santai2 ditepi pantai. Selalunya kalau nak shopping, ramai yg duduk di kawasan Kuta. 


Percutian kami ke Bali ni yg utamanya sebab hubby ada conference kat sini...aku cuma tukang sibuk je...nak ikut jugak. alang-alang dah ke Bali...apa salahnya meraikan kami punya 15th anniversary kat sini.

Bergambar di depan lobby hotel... siap ada  kain rentang pasal conference tu.

Kami ke Bali tanpa ada persediaan apa2...tak contact mana2 travel agen pun, main redah je. Mula-mula tu kami rancang nak sewa motor je sebab dengar2 cerita kawan2 yg pernah ke Bali, depa sewa motor dan jalan-jalan je sendiri.....

Lepas tu, hubby teringat ada ex-student PhD dia, Mr Anthony tinggal di Bali...kebetulan no h/p nya masih ada dalam simpanan, jadi kami cuba hubungi dia....dan memang nasib kami baik...Mr Anthony   telah menawarkan diri untuk menjadi tourist guide kami ... semua dia sponsor.... siap buat perancangan hari pertama nak kemana...hari kedua nak kemana....

Tempat tujuan kami yg pertama adalah ke Monumen Perjuagan Rakyat Bali. Kat sini kita boleh lihat sejarah bali dari zaman sebelum masihi sehingga sekarang. Satu je yg aku tak suka kat Bali ni... pergi lah mana2 tempat pun mesti ada kuil...besar2 pulak tu... bagi aku patung2 tu cukup menakutkan . ada yg lidah terjelir...mata terbeliak dan macam2 lah, hish....memang menakutkan.


Di depan pintu masuk Monumen bersama hubby dan Mr Anthony.... student lebih tua dari cikgu. Kat belakang tu pintu kuil @ dalam bahasa bali dipanggil Pura.

Pintu pagar monumen...

Di dalam Monumen

Selepas berpanas-panas dan berpeluh-peluh kat monumen tu, kami dibawa pula ke Monkey Park...tengok monyet...macam la kat Malaysia tak ada monyet kan...? Kat sini pun sama juga, ada monyet2 yang berkeliaran di kawasan kuil-kuil lama dan patung2 hindu. Tengok la gambar patung kat pintu masuk taman tu...menyeringai je kan....ganas betul patung tu


Bersama hubby dan pak yanto...staff Mr Anthony. Mr Anthony dah tak ada pada masa ni, dia cuma arahkan staffnya menemani kami....maklumlah orang business, setiap saat itu begitu berharga.
 
Kat dalam monkey park tu banyak pokok-pokok yang tinggi2...dah berusia beratus2 tahun. Cantik pokok2nya...besar2 dan tinggi 2 dgn batang yg lurus je.

Ini lah kuil @ pura kat taman tu....dah beratus tahun usia nya....


masa kami sampai kat taman ni, hujan turun renyai2...jadi keluarga monyet ni ramai yg menyembunyikan diri....puas dipanggil oleh penjaga taman tu...tak muncul2 jugak. akhirnya kami bernasib baik...ada la beberapa ekor yg masih dok santai kat bangsal walaupun hari hujan. Monyet2 kat sini tak takut kat orang...orang yg takut kat dia..ahaks. Hari tu aku berpeluang bagi makan dan riba monyet tu..tapi seriau jugak aku kalau2 dia gigit. Kat sini pantangnya adalah jgn pegang atau belai monyet2 tu...biarkan saja dia nak dok atas riba ke...atas kepala ke...jgn usik dia. Aku jadi berani sikit hari tu sebab perjalanan kami ditemani oleh penjaga taman tu. Lagipun pada masa tu cuma kami je yg ada kat situ.... mungkin sebab hujan orang tak minat tengok monyet.

Model Of The Year....siap satu family


Inilah pengiring kami masa jalan2 kat Monkey Park tu.... pekerja2 taman ni semua pakai pakaian macam ni.



No comments:

Post a Comment