Selepas ke Tanah Lot...hari dah hampir malam. Jadi kami rancang pergi makan malam di Jimbaran...tempat makanan seafood tepi pantai. Kalau kat sini ala-ala Kuala Perlis la...tapi kat Jimbaran ni makan kat tepi pantai...meja2 disusun atas pasir tepi pantai. siap ada orang nyanyi2 lagi. Perjalanan dari Tanah Lot ke Jimbaran tak lah jauh sangat, tapi memandangkan jalan tersangatlah macet (sesak), sampai sejam kami kat dalam kereta.
Macet.....
Disepanjang jalan...penuh dgn kuil kecil...dan bekas2 pemujaan hindu. Ada dimerata-rata tempat....
Kami sampai di Jimbaran ketika hari dah gelap...nak snap gambar pun dah tak minat...kelam je. Kat sini kami order ikan bakar, udang dan sotong. Makanannya aku rasa kat Kuala Perlis lagi sedap. ...agak mahal pulak tu.
Bersama adik pelayan kedai tu...cantik kan? Masa tu dia mintak aku isi borang soalselidik pasal kedai dia ni...aku bantai je semua very good...senang cerita.
Makan2 kat tepi pantai...
Kat Bali ni kalau nak makan agak susah...nak kena cari kedai yg tulis perkataan Halal atau kedai muslim. Kebanyakan kedai makan tak halal sebab orang hindu yg jual...walaupun muka macam muslim. Kat hotel pun aku breakfast dgn cereal, telur rebus dan roti je. Nak ambik makanan lain, was-was sebab aku tengok menunya pun siap ada pork lagi. Kalau nak minta telur dadar pun takut sebab dia orang guna kuali yg sama untuk masak semua jenis telur2 tu. Jadi selama 3 hari di Bali, breakfast kami ala2 mat saleh gitu....perut berkeroncong nak tunggu tengah hari.
Kat Bali ni, kedai yg jual Babi Guling berlambak2 kat tepi2 jalan...ala2 ayam golek la kalau kat malaysia. Dan salah satu kedai tu punyalah terkejut aku tengok.....dia tulis Kedai Babi Guling Muslim. Apa sudah jadi? Kalau muslim yg jual, adakah babi tadi halal untuk di makan...? Ish entah apa2 la depa ni.
Senang cerita....bagi aku kalau nak makan makanan halal kat Bali ni memang agak susah...walaupun dia kata muslim. Ada ke patut babi guling muslim....Jadi kalau nak ke Bali carilah pemandu pelancong @ supir muslim...mungkin agak selamat sebab dia lebih tau kedai mana yg betul2 halal. Mengikut kata pak Yanto, kalau masakan padang, kebanyakannya muslim...
Lepas makan, kami balik ke hotel....badan dah terlalu letih. Pagi tu aku sempat snap gambar matahari terbit dari bilik hotel...cantik la kan? Kat Bali ni matahari terbit pukul 6.30 pagi.
No comments:
Post a Comment