Pages

Saturday, January 08, 2011

Sensitif


Khamis petang, afiq balik dari sekolah dengan muka masam. Aku tanya kat dia pasal apa...ada yg tak kena ke? Dia kata cikgu panggil  dia afiq kecik...tiap kali nak panggil nama dia mesti kata afiq kecik. Lepas tu semua kawan2 kat sekolah panggil dia afiq kecik...dan aku tengok dia betul2 sedih kali ni...bercerita dengan linangan air mata. Hai...dah besar rupanya anak aku..kalau dulu dia tak kisah orang nak kata dia pendek ke, kecik ke...tapi sekarang ni isu tersebut dah menjadi isu yg amat sensitif bagi dia. Ya lah...siapa yg suka bila diejek macam tu...semua orang nak dilihat sempurna, cantik dan macam2 lah benda yg baik2.





Kadang2 kita tak sedar perkataan yang kita luahkan  itu boleh membuatkan orang lain bersedih...Mungkin bagi kita itu cuma gurauan...Tapi sedarkah kita, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Mungkin kata2 kita itu disambut dengan senyuman...tapi tahukah kita bagaimana perasaannya. kita tak akan tau...kecuali kita berada dikeadaan itu.

No comments:

Post a Comment